Harian Metro

PINDAH MAHKAMAH

- Avila Geraldine cnews@nstp.com.my

Mahkamah Sesyen di sini, semalam membenarka­n kes enam lelaki yang didakwa menyeludup masuk warga Filipina ke negara ini dua minggu lalu dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Azreena Aziz membenarka­n prosiding kes itu dipindahka­n selepas menerima permintaan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris dan menetapkan tarikh sebutan semula untuk melengkapk­an dokumen kes pada 11 Januari depan.

Pada 21 November lalu, tertuduh, Anuar Madjiril Hadji, 34, Amin Ali, 28; Omar Sapari, 53, Jashih Mohd Ali, 54, Badri Jalal, 62, dan Muksin Munib (pemegang IMM13) didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh pada prosiding berkenaan manakala permohonan jaminan terhadap mereka ditolak mahkamah.

Pada prosiding itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Jashih membangkit­kan isu mengenai keadaan anak guamnya yang belum dibawa berjumpa doktor seperti diperintah­kan mahkamah pada 21 November lalu.

Mengenai perkara itu, Khairuddin berkata, Jashih sepatutnya sudah dirujuk kepada klinik dalam penjara, namun Hamid menegaskan perkara itu

Enam lelaki seludup warga Filipina dibenar sambung perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi

tidak dilakukan.

“Tujuan saya meminta perintah (pada 21 November) bagi membolehka­n mahkamah menentukan sama ada dia (Jashih) sakit atau lemah. Saya minta supaya dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan bukan klinik penjara, mahkamah bersetuju.

“Dia perlu diperiksa oleh doktor. Sekarang, kita tidak tahu sama ada dia sakit atau lemah,” katanya.

 ??  ?? ENAM individu yang ditahan seludup warga Filipina dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
ENAM individu yang ditahan seludup warga Filipina dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia