Harian Metro

TAK PASTI DALANG

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Polis siasat tiga nelayan, seorang tekong hilang di Pegasus Reef

Seorang tekong dan tiga nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an malam kelmarin, berhampira­n kejadian serangan ke atas bot tunda oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata­kan raifal M16.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, hasil pemeriksaa­n pasukan keselamata­n menemui sebuah bot nelayan berhampira­n kejadian bot tunda Magtrans II yang ditembak oleh empat lelaki bertopeng namun tiada individu di atas bot berkenaan.

“Selepas kejadian, pasukan keselamata­n menjalanka­n siasatan dan menemui sebuah bot nelayan dengan enjin yang masih hidup namun tiada sesiapa di dalamnya.

“Pada hari sama, kami menerima laporan polis daripada pemilik syarikat bot nelayan berkenaan memaklumka­n bahawa tekong dan tiga nelayan hilang.

“Setakat ini kami tidak pasti sama ada mereka ini diculik oleh empat lelaki bersenjata atau sebaliknya. Siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan di sini, semalam.

Omar berkata, dua daripada mereka adalah warga tempatan manakala dua lagi warga asing berusia 20 tahun dan 40 tahun.

“Kita tidak dapat pastikan sama ada bot tunda itu diserang terlebih dahulu sebelum empat lelaki itu hilang.

“Kita juga tidak dapat mengesahka­n sama empat mangsa itu diculik oleh kumpulan berkenaan kecuali kita menerima panggilan daripada suspek untuk tuntut wang tebusan, namun setakat ini belum ada panggilan,” katanya.

Pada kejadian jam 6.30 petang Rabu lalu, Magtrans II yang membawa 12 kru terdiri daripada dua warga Malaysia dan 11 warga Indonesia diserang ketika dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Papua New Guinea.

Sebaik tiba di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, sebuah bot hitam dinaiki empat lelaki lengkap bersenjata­kan raifal M16 menaiki bot tunda itu lalu melepaskan tembakan.

Akibatnya, tekong bot tunda, Didy Saviady, 40, cedera di paha terkena tembakan manakala semua kru selamat.

 ??  ?? OMAR memeriksa kawalan kehormat sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan Kota Kinabalu.
OMAR memeriksa kawalan kehormat sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia