Harian Metro

Dua ditahan sindiket tipu tiket murah

-

Kota Kinabalu: Dua wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki dalang sindiket penipuan tiket penerbanga­n murah membabitka­n kerugian RM162,285.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, kedua-dua wanita berusia 33 dan 37 tahun itu ditahan pada 25 serta 26 November lalu di Kota Kinabalu susulan laporan polis dibuat mangsa yang mengatakan ditipu sindiket terbabit.

“Polis menerima laporan daripada seorang mangsa pada 23 November lalu apabila tiket yang ditempah daripada syarikat menawarkan tiket penerbanga­n tambang murah dengan bayaran RM6,000 tidak diperoleh.

“Susulan laporan itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah menahan kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan di sini, semalam.

Omar berkata, siasatan mendapati sindiket terbabit bergiat aktif di seluruh daerah di Sabah sejak Ogos lalu dan setakat ini, 71 laporan polis dibuat membabitka­n kerugian RM162,285.

“Sindiket ini juga melantik beberapa ejen bebas dan menawarkan komisen kepada ejen sekiranya berjaya mendapat pelanggan. Ejen yang dilantik juga diberi komisen RM50 hingga RM150 sekiranya memperkena­lkan sindiket kepada pelanggan baru.

“Taktik sindiket ialah dengan membuat promosi di Facebook, aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan menawarkan pakej tambang tiket kapal terbang pergi dan balik yang jauh lebih murah berbanding harga demgam pasaran,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan dan seorang daripadany­a memiliki rekod kesalahan lampau membabitka­n sindiket pelaburan emas serta pernah dipenjara dua tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 ??  ?? IKLAN sindiket tiket murah jerat orang ramai di laman sosial.
IKLAN sindiket tiket murah jerat orang ramai di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia