Harian Metro

Kes pecah rumah meningkat musim cuti

-

Miri: Penduduk di wilayah utara negeri ini perlu lebih berwaspada dan mengambil langkah keselamata­n sewajarnya bagi mencegah kes pecah rumah yang meningkat apabila tiba musim cuti sekolah dan perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, setiap penduduk wajar memastikan pintu, tingkap atau pagar rumah dikunci selain dipasang lampu terang di persekitar­an kediaman mereka untuk mengelak mudah diceroboh.

“Banyak faktor yang menyumbang kepada peningkata­n jenayah pecah rumah di utara negeri ini termasuk kegagalan memberitah­u jiran atau polis apabila meninggalk­an rumah dalam tempoh lama,” katanya, semalam.

Sebastian berkata, kekurangan semangat kejiranan turut memburukka­n situasi itu kerana tiada pihak yang memantau rumah apabila penghuni bercuti.

“Sikap penghuni rumah sengaja meletak barang bernilai di sekitar rumah atau dalam ruang rumah yang dapat dilihat dari luar juga antara faktor yang mendorong kes pecah kediaman.

“Justeru, kita mahu penduduk setempat memaklumka­n kepada polis apabila mereka meninggalk­an rumah untuk bercuti bagi tempoh lama. Ini membolehka­n polis melakukan rondaan keselamata­n, terutama di kawasan kediaman yang tiada penghuni,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menasihati penduduk setempat memadamkan peralatan elektrik dan suiz bagi bagi mengelak berlaku kebakaran akibat litar pintas.

“Pastikan juga peralatan mudah terbakar seperti tong gas disimpan di tempat selamat,” katanya.

 ?? Sebastian ?? Setiap penduduk wajar memastikan pintu, tingkap atau pagar rumah dikunci”
Sebastian Setiap penduduk wajar memastikan pintu, tingkap atau pagar rumah dikunci”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia