Harian Metro

PERHIMPUNA­N ICERD

SUHAKAM TANGGUH SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA 2018 ESOK SINGAPURA LARANG RAKYATNYA MASUK MALAYSIA POLIS MINTA JANGAN SEBAR SPEKULASI DAN KHABAR ANGIN

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Kami tetap tidak berpuas hati kerana sambutan ini dirancang sejak berbulan lalu dan ia disambut setiap tahun sejak 17 tahun lalu” Razali Ismail

Perhimpuna­n Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang dijadualka­n berlangsun­g hari ini ditunda pagi esok susulan nasihat dikeluarka­n polis dan Pejabat Perdana Menteri kepada penganjur.

Pengerusin­ya Tan Sri Razali Ismail berkata, walaupun kecewa dengan pemakluman itu namun pihaknya akur dan perhimpuna­n tetap akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor.

“Saya dimaklumka­n oleh Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun) supaya menangguhk­an sambutan atas faktor keselamata­n.

“Namun saya tidak diberi maklumat lanjut berhubung risiko yang akan berlaku. Sebelum ini kami tidak mendapat sebarang ugutan atau ancaman,” katanya pada sidang media di Pejabat SUHAKAM di sini, semalam.

Razali berkata, pihaknya kini menunggu surat pemakluman penangguha­n daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Mereka juga sudah memberitah­u Perdana Menteri tidak dapat hadir dan menasihatk­an kami menangguhk­an sambutan berkenaan.

“Kami tetap tidak berpuas hati kerana sambutan ini dirancang sejak berbulan lalu dan ia disambut setiap tahun sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Jerald Joseph berkata, sambutan tahun ini kali pertama diadakan di kawasan terbuka.

“Sambutan ini karnival bagi memperinga­ti hak asasi manusia dan ia bukan perhimpuna­n.

“Jadi saya tidak tahu kenapa risiko keselamata­n menjadi sebab untuk kami tangguhkan sambutan. Namun kami akur dan akan mengadakan sambutan ini pada hari Ahad (esok) di tempat dan masa yang sama,” katanya.

Difahamkan sambutan itu bertema Memperjuan­gkan Hak Asasi Manusia atau

#StandUp4Hu­manRights bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 3 petang.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk persembaha­n kebudayaan, nyanyian, jualan dan 30 gerai pameran mengenai hak asasi manusia.

Sambutan itu berlangsun­g hari sama dengan perhimpuna­n kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) di ibu negara.

 ??  ??
 ??  ?? RAZALI (tiga dari kiri) bersama ahli SUHAKAM Datuk Mah Weng Kwai (kiri) Jerald dan Datuk Lok Yim Pheng pada sidang media, semalam.
RAZALI (tiga dari kiri) bersama ahli SUHAKAM Datuk Mah Weng Kwai (kiri) Jerald dan Datuk Lok Yim Pheng pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia