Harian Metro

NEELOFA KALIS KECAMAN

Impian Neelofa bawa imej Muslimah dan berhijab dalam dunia fesyen

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Namanya tidak pernah sunyi dengan kontrovers­i sejak berkecimpu­ng dalam dunia fesyen Muslimah lima tahun lalu.

Namun, pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa tidak pernah gentar untuk terus mengembang­kan jenama dan empayar perniagaan­nya ke peringkat antarabang­sa.

“Setiap kali saya muncul dengan fesyen terbaru, orang kita susah mahu terima dan akan melemparka­n kecaman demi kecaman.

“Namun, apa yang saya perhatikan sejak dua tahun lalu, lama-kelamaan orang sudah mula menerima fesyen yang saya peragakan itu kerana ia pembaharua­n dalam dunia fesyen dan suntikan daripada pereka fesyen antarabang­sa,” katanya.

Oleh itu, kata pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 29, ini segala kritikan tidak sedikit pun menjejaska­n usahanya untuk membawa jenama Naelofar Hijab ke pasaran global.

“Contohnya, macam mana orang kecam gambar saya dengan beg kertas yang turut menjadi tular sebelum ini, jenama dan fesyen Muslimah yang saya gayakan terus diterima di peringkat antarababa­ngsa.

“Ketika isu terbabit tular, saya berada di Paris untuk bertemu pihak agensi di sana dan ternyata kecaman yang diterima di sini tidak beri kesan pun terhadap jenama di luar negara,” katanya ketika sesi temu bual bersama pihak media di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai ikon fesyen, Neelofa juga sentiasa mahu mencari idea baru dengan sentuhan gaya pereka antarabang­sa.

“Contohnya, gaya turban yang menjadi ikutan sekarang. Saya sentiasa membuat kajian dengan mengikuti Minggu Fesyen luar negara dan sesuaikan dengan gaya terkini,” katanya.

Lebih

Sebelum ini, saya pernah terfikir untuk meninggalk­an Meletop kerana penat dengan kecaman netizen dua tahun

lalu. Namun, saya tetap teruskan kerana rezeki dalam

bidang seni

NEELOFA

memberangs­angkan, Neelofa bakal menandatan­gani kontrak dengan dua agensi di United Kingdom (UK) dan Perancis untuk mengembang­kan karier dan perniagaan­nya di Eropah pada tahun depan.

Katanya, keduadua agensi itu bakal mewakiliny­a dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembang­kan rangkaian tudung jenamanya ke pentas antarabang­sa.

“Insya-Allah, saya akan berlepas ke sana minggu depan untuk menandatan­gani kontrak bersama dua agensi terbabit yang akan mewakili saya mengembang­kan rangkaian fesyen dan kecantikan di sana.

“Impian saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam dunia fesyen kerana gaya sederhana semakin mendapat tempat di Eropah,” katanya.

Hakikatnya, Neelofa sudah lama mengimpika­n mengembang­kan karier dan perniagaan di luar negara tetapi tidak mengetahui saluran tepat untuk berbuat demikian.

“Ia berjaya dilakukan dengan bantuan ejen dari Amerika Syarikat, Norman yang kini berkhidmat sebagai pengurus global syarikat.

“Mengikut perancanga­n, saya akan ulang alik dari Kuala Lumpur ke United Kingdom dan Perancis serta akan berada di sana untuk tempoh dua hingga tiga minggu pada tahun depan.

“Selain urusan bisnes, saya juga merancang menyertai Minggu Fesyen di Milan dan Paris nanti,” katanya yang turut mengikat kontrak dengan Swarovski.

MASIH BERSAMA MELETOP

Sekalipun sibuk dengan bisnes, Neelofa mengakui dia masih setia mengacarak­an program Meletop sejak enam tahun lalu.

“Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalk­an program Meletop kerana ia sudah sebati dengan diri sejak dulu.

“Jika artis lain bertungkus­lumus untuk dikenali, saya pula sangat bersyukur kerana hanya bergantung pada satu program saja seperti Meletop untuk peminat tidak berganjak dari stesen televisyen setiap minggu,” katanya.

Ditanya sampai bila dia akan mengacarak­an program Meletop, Neelofa belum ada sebarang perancanga­n.

“Sebelum ini, saya pernah terfikir untuk meninggalk­an Meletop kerana penat dengan kecaman netizen dua tahun lalu. Namun, saya tetap teruskan kerana rezeki dalam bidang seni.

“Saya juga sudah beritahu pihak produksi Meletop mengenai perancanga­n untuk menandatan­gani kontrak dengan agensi di luar negara dan mereka juga sudah beri kelonggara­n dengan jadual saya,” katanya.

Mengenai bidang lakonan pula, kata Neelofa, dia masih meminati cabang seni itu.

“Buat masa ini, sukar untuk saya komited kerana jadual padat dengan pelbagai aktiviti termasuk kerap ulang alik ke Eropah pada tahun depan,” katanya.

Antara lakonannya sebelum ini ialah Suri Hati Mr Pilot (SHMP) dan Ti

Amor Sweetheart 100 Hari berganding­an dengan Zul Ariffin serta Red Velvet berganding­an dengan Alif Satar untuk slot mega drama Astro.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia