Harian Metro

BALA DIUNDANG

Nur Hidayah Masruri, 3, terlantar kaku lebih setahun lalu selepas menghidap tibi miningitis, penyakit lama yang menular kembali. Deritanya boleh menimpa kanak-kanak lain apabila Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Datuk Mohd Hatar Ismail mengesahka­n hingga 2.5

- lapor Mahaizura Abd Malik

Pasangan suami isteri ini tidak pernah terfikir diuji seberat ini apabila permata hati yang dilahirkan sihat sempurna kini terlantar akibat dijangkiti tibi miningitis atau selaput otak.

Sekelip mata keriangan dan kelincahan anak bongsu pasangan itu, Nur Hidayah Masruri, 3, diragut sebaik disahkan menghidap penyakit itu pada usianya setahun empat bulan.

Anak kecil itu kini cuma mampu terlantar sepanjang masa dan bergantung sepenuhnya kepada susu khas melalui tiub dengan bantuan mesin.

Bagi Masruri Hadir, 34, mereka sekeluarga bukan menolak ketentuan takdir

Allah, namun buntu bagaimana penyakit yang paling ditakuti itu muncul dalam ahli keluarga mereka.

Menurut Masruri, semua ahli keluarga mereka tiada sejarah menghidap tibi, malah disahkan negatif daripada pembawa penyakit berbahaya itu selepas menjalani ujian saringan pemeriksaa­n kesihatan.

“Doktor tidak memaklumka­n puncanya daripada mana.

“Mungkin antibodi anak saya tidak berapa kuat menyebabka­n dia mudah terkena jangkitan penyakit itu di tempat awam,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini.

Katanya, Nur Hidayah sudah menjalani empat pembedahan bagi menyedut cecair yang memenuhi otaknya.

“Pada mulanya anak kami cuma demam panas namun berlarutan sampai sebulan sebelum pemeriksaa­n lanjut mengesan otaknya sudah bengkak dipenuhi cairan dan disahkan mengalami tibi meningitis.

“Sejak itu dia terlantar, tidak lagi memberi reaksi balas dan kerap mengalami kekejangan hampir enam kali sehari,” katanya.

Masruri berkata, anaknya dibenarkan pulang ke rumah dengan bersyarat selepas lebih setahun menghuni Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Doktor tidak memberikan sebarang harapan, malah memaklumka­n peluang untuk sembuh macam dulu memang tiada, namun kami mahu menjaganya depan mata kami.

“Kami berserah kepada Allah semoga anak ini kelak sembuh dengan kuasa-Nya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu menyalahka­n sesiapa atas apa yang menimpa anaknya, namun berharap kerajaan lebih tegas supaya isu penyakit berjangkit ini dapat ditangani dengan baik.

“Adalah tidak logik kalau kita dan anak-anak hendak berkurung setiap masa dalam rumah.

“Kalau boleh warga asing yang datang ke Malaysia ini dipantau habis-habisan dan pastikan jangan ada lolos dalam saringan kesihatan.

“Saya tidak mahu orang lain merasa seperti apa yang saya alami bila anak yang sihat tiba-tiba terlantar disebabkan penyakit berjangkit ini,”

katanya.

Doktor tidak memberikan sebarang harapan, malah memaklumka­n peluang untuk sembuh macam dulu memang tiada, namun kami mahu”

Masruri Hadir

Esok: Warga emas 10 tahun hidup dengan Hepatitis-B

 ??  ??
 ??  ?? NUR Hidayah hanya mampu terlantar selepas disahkan menghidap tibi dijaga kedua ibu bapanya di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang.
NUR Hidayah hanya mampu terlantar selepas disahkan menghidap tibi dijaga kedua ibu bapanya di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia