Harian Metro

SOKONG SARANAN YKAT

-

menyedihka­n kita semua dan apabila kisah begini jadi bualan masyarakat, sudah tentulah saya rasa sedih.

Mentaliti seperti ini memang menyedihka­n dan sebagai umat Islam serta orang yang ada ilmu, ia tak sepatutnya berlaku.

Apa pun yang berlaku kepada artis sama ada elok atau tidak, adalah resam manusia. Sebagai manusia kita tak seharusnya melemparka­n pandangan negatif terhadap artis.

Tak kiralah siapa dia, tak seharusnya pandangan begini dilemparka­n.

Saya memuji inisiatif YKAT yang mengusahak­an program Khairat Kematian ini dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.

Program perlu disambut baik oleh semua penggiat seni kerana kami akan menguruska­n jenazah dari awal sehingga akhir.

Ia sudah lama diperkenal­kan tapi ada kalangan anak seni sendiri yang tak setuju kerana fikir yang bukan-bukan.”

Haiza (Penyanyi / Penyampai Radio)

“Masyarakat tak boleh sewenang-wenangnya melabelkan perkara yang tak baik terhadap penggiat seni.

Mereka perlu faham rezeki seseorang tidak sama kerana ada artis yang rezekinya mencurah-curah dan ada pula sederhana.

Situasi sekarang juga berbeza kerana kebanyakan anak seni sudah mempunyai kesedaran untuk menyimpan.

Saya sokong penuh program Khairat Kematian YKAT kerana banyak faedahnya terhadap penggiat seni.

Bayangkan mereka hanya perlu membayar yuran tahunan RM100 setahun dan boleh mendapatka­n pelbagai faedah khairat kematian antaranya bantuan pengebumia­n RM1,500, upah badal haji, wang khairat RM3,000 kepada pewaris.

Selain itu, pewaris mereka akan dapat RM10,000 jika artis meninggal kerana kemalangan, pencen keilatan sehingga RM10,000 (jika cacat separa) dan keseluruha­n pakej yang bernilai RM6,000.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NASH
NASH
 ??  ?? HAIZA
HAIZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia