Harian Metro

‘DOKTOR SURUH GUGUR KANDUNGAN’

Pasangan jaga zuriat alami masalah penyakit tulang belakang bengkok tetap menaruh harapan anak sembuh

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

“Dialah satu-satunya anak kami. Walaupun sedih dengan kehilangan kembarnya selepas 11 hari dilahirkan namun kami reda dengan ketentuan-Nya.

“Ketika mengandung, saya diberitahu doktor bahawa kandungan saya mempunyai masalah tulang belakang bengkok dan dinasihatk­an supaya salah seorang anak kembar kami digugurkan akibat komplikasi penyakit itu namun saya enggan dan tawakal mudah-mudahan mereka selamat,” kata Mariatina Jaafar, 37, ibu kepada Nurul Nisha Mohd Yasin, 15, yang mengalami masalah penyakit skoliosis atau tulang belakang bengkok sejak dilahirkan.

Bagaimanap­un, katanya, kembar Nurul Nisha, Nurul Nasha meninggal dunia selepas 11 hari dilahirkan dan dia turut mengalami masalah sama.

“Nurul Nisha pernah ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selama tiga bulan selepas dilahirkan kerana penyakit berkenaan.

“Bagaimanap­un, saya dan suami, Mohd Yasin Muda tidak pernah putus asa dan berdoa semoga Nurul Nisha diberikan kesembuhan,” katanya yang dihubungi di rumahnya di FELDA Bukit Sagu, Kuantan, Pahang, semalam.

Mariatina berkata, penyakit Nurul Nisha semakin serius sejak dua tahun lalu sehinggaka­n tidak mampu berjalan dan berdiri sebaliknya hanya terbaring sepanjang waktu.

“Malah, Nurul Nisha juga tidak boleh bertutur dengan baik dan saya terpaksa menyusun jadual makan dan minumnya kerana bimbang dia akan kelaparan.

“Setiap jam 8 pagi, saya akan memberikan sarapan sama ada roti atau nasi manakala pada jam 10 pagi, saya beri dia minuman susu khas sebelum makan tengah hari.

“Di sebelah petang pula, saya akan memberikan dia makan kuih atau roti dan susu. Begitulah rutin harian saya memberi sepenuh perhatian kepada Nurul Nisha,” katanya.

Menurutnya, Nurul Nisha juga perlu dipakaikan bengkung dari paras pinggang hingga dada setiap hari bagi mengelak sakit badan dan senget.

“Dia juga perlu dipakaikan lampin pakai buang setiap hari. Alhamdulil­lah, Nurul Nisha ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan bagi membiayai kos rawatan dan pembelian susu serta lampin pakai buang.

“Saya juga berterima kasih kepada Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial yang menyumbang kerusi roda khas untuk kegunaan Nurul Nisha,” katanya yang tidak bekerja manakala suaminya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500.

Katanya, buat masa ini, Nurul Nisha tidak akan menjalani pembedahan tulang belakang bengkok dan kos yang diperlukan hanya untuk menampung pembiayaan lain-lain.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyumbang di akaun Agrobank milik Mariatina bernombor 2001521000­023763.

Nurul

Nisha tidak boleh bertutur dengan baik dan saya terpaksa menyusun jadual makan dan minumnya kerana bimbang dia akan

kelaparan

Mariatina

 ??  ??
 ??  ?? WAKIL Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial Pahang, Rosnani Razali menyerahka­n kerusi roda dan sumbangan kepada Mariatina.
WAKIL Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial Pahang, Rosnani Razali menyerahka­n kerusi roda dan sumbangan kepada Mariatina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia