Mayat Chin dibakar

Harian Metro - - Setempat -

Mayat mendiang Chin Hsien Loong yang terkorban dalam tragedi letupan gas di pusat belibelah Cityone Megamall, Kuching, Sarawak, dibakar di Krematorium Berapit, jam 12.45 tengah hari, semalam.

Terdahulu, hampir 200 ahli keluarga dan rakan melakukan upacara sembahyang di rumah mendiang di Taman Kimsar, Butterworth.

Mayat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Selasa lalu, Hsien Loong, 29, dan dua lagi mangsa, Tchee Kiam Jong, 24, dan O Kui Lim, 49, maut dalam letupan gas di Cityone Megamall.

AHLI keluarga dan rakan mendiang Chin memberi penghormatan terakhir bagi upacara pembakaran di Tanah Perkuburan Cina Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.