Harian Metro

UGUT BOM

Tujuh pekerja restoran makanan segera direman empat hari

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Tujuh pekerja restoran makanan segera direman empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan ancaman bom di premis berkenaan di Taman Ipoh di sini, kelmarin.

Suspek berusia 20 hingga 33 tahun ditahan selepas seorang pelanggan menemui objek hitam yang disangka bom di atas pam tandas bersama tulisan ugutan pada dinding tandas premis berkenaan.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, ada kira-kira 20 pelanggan dan pekerja dalam restoran berkenaan.

Majistret, Siti Hafizah Jaafar membenarka­n semua suspek direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam dengan ada antara mereka masih berpakaian seragam restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, polis mengarahka­n premis berkenaan dikosongka­n selepas menerima panggilan mengenai kejadian malam kelmarin.

Katanya, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaa­n sebelum menemui satu objek dibalut pita pelekat hitam dengan gulungan wayar di atas pam tandas.

Menurutnya, pemeriksaa­n mendapati objek itu hanya gulungan wayar tiga jenis warna bersama penutup botol dan bukan bom seperti maksud nota tulisan ‘tempat ini akan meletup’ yang ditulis pada dinding tandas.

 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA direman empat hari bagi membantu siasatan ancaman bom di restoran makanan segera di Taman Ipoh, kelmarin.
PEKERJA direman empat hari bagi membantu siasatan ancaman bom di restoran makanan segera di Taman Ipoh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia