Tiga pasang adik-beradik penagih

Harian Metro - - Setempat -

Tiga pasang adik-beradik antara yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tuaran dalam Op Cegah selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di daerah itu, kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata, tangkapan pertama membabitkan dua beradik dan dua rakan mereka dilakukan di Kampung Tajau, jam 1 pagi.

Menurutnya, dalam operasi sama di Kampung Giling turut menahan dua lagi adik-beradik juga disyaki terbabit dalam aktiviti penagihan dadah.

” Tangkapan ketiga pula membabitkan sepasang adik-beradik yang didapati melepak di rumah sepupu mereka di Kampung Bolong Baru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.