Enam van TM, tiga lori terbakar
Alor Setar: Enam van milik Telekom Malaysia (TM) dan tiga lori yang parkir di garaj stor Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, empat van dan sebuah lori musnah 90 peratus manakala sebuah lori serta sebuah van pula terbakar kira-kira 80 peratus.
Kebakaran itu turut menyebabkan sebuah lagi van dan lori masing-masing hanya membabitkan kebakaran 40 dan 10 peratus.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Abdul Hadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.37 pagi sebelum sepasukan anggotanya dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, operasi itu disertai 16 anggota termasuk dua jentera, sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah motosikal RIM serta sebuah lori tangki.
“Bagaimanapun kebakaran tidak membabitkan stor berkenaan dan tidak membabitkan mangsa,” katanya.