ASP terima rasuah direman 3 hari

Harian Metro - - Setempat -

Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak yang ditahan bagi siasatan berhubung menerima rasuah RM8,000 kelmarin, direman tiga hari.

Perintah reman yang bermula semalam, dikeluarkan Majistret Siti Hafizah Jaafar bagi membolehkan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek berusia 44 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, jam 11 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM.

ANGGOTA SPRM mengiringi pegawai polis yang ditahan kerana disyaki menerima rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.