Pemandu lori tangki lawan arus ditahan

Harian Metro - - Muka Depan -

Tindakan seorang lelaki memandu lori tangki secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 27, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, kelmarin membawa padah apabila dia ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu lori berusia 59 tahun itu ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Dua Belas kira-kira jam 6 petang.

“Kami menerima aduan daripada seorang pemandu yang sempat mengelak ke arah kiri daripada melanggar lori tangki dipandu suspek di lorong kanan lebuh raya.

“Berdasarkan daripada pengadu dan satu video yang tular di media sosial menunjukkan lori tangki berkenaan dipandu secara melawan arus sebelum polis peronda dikerah mengesan kenderaan itu.

“Polis kemudian menahan pemandu terbabit di R&R Tanjung Dua Belas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

LORI tangki yang dipandu melawan arus dirakam pengguna lebuh raya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.