Lara takut lihat peralatan rawatan gigi SAH NIKAH!

Harian Metro - - Rangkuman - Mohd Zulkifli Zainuddin [email protected]

Natasha Hudson nikah buat kali keempat dengan seorang usahawan malam kelmarin

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Awal Ashari dan Scha Alyahya terpaksa melakukan rawatan gigi bersama-sama anak mereka Lara Alana, 4, bagi menghilangkan ketakutan kanak-kanak itu terhadap doktor gigi.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Lara menyaksikan kanak-kanak itu sedang menangis dan Awal sedang memujuknya.

Dalam masa sama Scha menjalani rawatan membersihkan gigi.

Awal berkata, Lara seorang yang mudah mesra dan dia juga okay apabila diberitahu akan bertemu dengan doktor gigi.

“Bagaimanapun, sebaik saja melihat peralatan dalam bilik itu, dia mula menangis. Lara juga mudah belajar dari contoh dan sebab itulah kami turut sama-sama menjalani rawatan gigi supaya dia dapat melihat sendiri bagaimana pemeriksaan gigi dilakukan di mana ia tidaklah seperti yang dia bayangkan.

“Insya-Allah, kalau dia lihat semua okay, dia juga akan lakukannya pada temu janji akan datang,” katanya.

Menurut Awal, sebagai ibu bapa, mereka sangat memahami setiap kanak-kanak itu ada kelemahan masing-masing.

“Begitu juga dengan Lara yang takut dengan doktor dan peralatan untuk rawatan dalam klinik,” katanya.

Namun, katanya, pada usia Lara sekarang, mereka harus membawanya untuk menjalani pemeriksaan gigi sebagai salah satu langkah penjagaan gigi. Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin, 48, kecewa dengan sikap segelintir netizen yang menghina dua anaknya yang menghidap autisme di media sosial.

Zarina berkata, salah seorang daripada mereka meminta dia berhenti memuat naik video dan gambar dua anaknya itu di

Pelakon, Natasha Hudson sah bernikah buat kali keempat dengan seorang usahawan dari negeri ini dikenali Noor Nashriq Sekarnor.

Majlis secara sederhana dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan itu berlangsung di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, malam kelmarin.

Berita itu dikongsi adik pelakon berkenaan, Tania Hudson selepas memuat naik beberapa gambar bersama kakaknya di Instagram (IG) Story.

“Kepada kakak saya yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira apapun,” tulisnya.

Usaha menghubungi Natasha atau nama penuhnya, Natasha Liana Hudson, 36, gagal dan wanita itu juga tidak membalas mesej dihantar.

Akhbar pada Oktober lalu melaporkan bintang filem Chermin itu mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha juga pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 yang hanya bertahan selama dua tahun.

Bersama Shahrin, pasangan itu dikurnia seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

N ATASH A

VIDEO yang dimuat naik di Instagram Lara Alana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.