Harian Metro

Zarina kecewa netizen hina dua anak autisme

-

Instagram selain mendakwa mereka tidak betul dengan kelakuan menakutkan. Menurutnya, dia cuma ingin berkongsi perkara positif dan memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai anak autisme.

“Saya bukan kongsikan benda-benda negatif. Semuanya adalah aktiviti harian saya bersama keluarga dan mengenai kerjaya saya.

“Lagipun, itukan Instagram saya. Suka hati saya nak letak gambar atau video apapun,” katanya.

Katanya, dia yakin hanya segelintir saja netizen yang suka bercakap mengenai perkara negatif di media sosialnya.

“Mungkin hanya satu peratus saja netizen yang bercakap buruk. Daripada memandang kepada segelintir yang berperanga­i sebegitu, lebih baik saya beri perhatian kepada mereka yang positif,” katanya.

Zarina kerap menggunaka­n Instagram untuk berkongsi video dua anak kembarnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhamad Razil Azrai yang kini berusia 23 tahun.

 ??  ?? ZARINA
ZARINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia