Harian Metro

Vaksin tambahan lindungi imunisasi anak

-

Ibu bapa disaran mengambil vaksin tambahan bagi melindungi imunisasi anak-anak daripada jangkitan penyakit berjangkit dan berbahaya.

Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar Kasih Cyberjaya Dr Mohd Zaqrul Razmal berkata, walaupun vaksin adalah tanggungja­wab kerajaan, namun ibu bapa berperanan melindungi anak mereka dengan suntikan vaksin tambahan.

“Vaksin wajib seperti BCG tiada 100 peratus perlindung­an jangkitan penyakit kerana ia masih lagi bergantung kepada sistem daya ketahanan badan kanak-kanak itu sendiri.

“Selain itu, turut mempengaru­hi jangkitan penyakit adalah berkait rapat dengan pengambila­n nutrisi dan pendedahan kanak-kanak itu kepada dunia luar,” katanya mengulas muka depan Harian Metro, semalam.

Menurutnya, ada empat vaksin tambahan sebagai pilihan ibu bapa bagi melindungi anak masing-masing daripada jangkitan penyakit berbahaya.

“Antara vaksin tambahan popular adalah seperti

Pneumococc­al, Rotavirus, Meningococ­cal serta Influenza.

“Walaupun mahal harganya, namun berbaloi menghalang anak daripada penyakit mudarat,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Zaqrul
DR Mohd Zaqrul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia