HIMPUNAN TERAMAN

Harian Metro - - Muka Depan - Kuala Lumpur

Perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi ICERD, semalam berlangsung aman dengan dihadiri ratusan ribu peserta berpakaian putih. Peserta memenuhi ibu kota seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke Dataran Merdeka selepas jam 1 tengah hari dan berakhir kira-kira jam 5 petang. Polis turut mengesahkan tiada

kejadian tidak diingini berlaku.

Ratusan ribu orang membanjiri Jalan Raja di Dataran Merdeka di sini, menghadiri perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), semalam.

Berlangsung secara aman dengan kawalan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM), himpunan yang bermula selepas solat Zuhur itu dihadiri pemimpin utama dua parti, UMNO dan PAS, sekali gus menunjukkan sokongan kedua-dua parti Melayu itu.

Mengenakan pakaian rasmi berwarna putih, himpunan terbesar yang kali pertama diadakan di ibu negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu turut disertai ribuan anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar.

Antaranya, penggerak utama NGO yang juga penganjur himpunan, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan Sekretariat Kedaulatan Rakyat

(DAULAT).

Turut serta anggota NGO yang mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Tidak melepaskan peluang, personaliti terkenal negara turut hadir berhimpun bagi menyatakan sokongan menolak ICERD, antaranya, penceramah, Ustaz Azhar Idrus, pelawak,

Abon serta pelakon, Mustapa Kamal dan Ellie Suriati.

Seawal jam 7 pagi, peserta yang hadir dari segenap negeri mula memenuhi

Berdasarkan pengamatan dilakukan mendapati jumlahnya mencecah 100,000 berdasarkan kepadatan peserta dalam satu-satu masa pada jam 2 petang semalam di sekitar Jalan Raja hingga ke Bangunan Dayabumi

beberapa lokasi utama di ibu negara sebelum berarak menuju ke dataran bersejarah itu bermula jam 1 tengah hari.

Antara lokasi awal berhimpun adalah di pekarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, perkarangan Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) serta Jalan Raja Laut.

Pengucapan umum juga dibuat di lokasi berkenaan yang disampaikan beberapa pemimpin penggerak NGO dan pelajar.

Bantuan polis yang menutup beberapa laluan di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak juga melancarkan pergerakan peserta himpunan yang datang dari segala arah laluan utama, untuk menuju ke Dataran Merdeka atau Jalan Raja.

Ribuan peserta yang berarak dari segenap lokasi berhimpun menuju ke Dataran Merdeka juga melaungkan takbir, selawat Nabi dan nyanyian lagu Inilah Barisan Kita bagi membangkitkan semangat.

Sebaik peserta memenuhi pekarangan Dataran Merdeka - Jalan Raja Laut, agenda perhimpunan diteruskan dengan

aturan ucapan, dimulai wakil NGO, kemudian disusuli pemimpin utama UMNO dan PAS.

Antara yang menyampaikan ucapan umum, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Himpunan berhenti seketika pada jam 4.30 petang dengan pekarangan Dataran Merdeka bergema laungan azan Asar dialunkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Polis juga menutup enam laluan utama di sekitar ibu kota membabitkan Jalan Sultan Hishamuddin, Lebuh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Jalan Raja Laut serta bulatan Dato Onn.

Keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan trafik di sekitar ibu negara termasuk di Lebuhraya Kinabalu, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak serta Jalan Mahameru menuju ke ibu kota.

Perkhidmatan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) juga beroperasi seperti sedia kala, sekali gus membantu pergerakan peserta untuk memasuki ibu negara tanpa perlu memandu kenderaan sendiri.

Bagaimanapun, berlaku kesesakan di kawasan Stesen LRT Masjid Jamek sebaik himpunan tamat berikutan orang ramai berpusu-pusu menaiki perkhidmatan itu untuk pulang.

Seperti biasa, gerai menjual makanan dan minuman di sekitar

Jalan Tun Perak serta

Jalan Pudu dipenuhi peserta himpunan, selain gerai jualan kecil atau

juga dibuka di sepanjang jalan sama.

Bagi pengamal media, tiada sekatan keluar masuk dilakukan di semua lokasi perhimpunan, sekali gus memudahkan mereka membuat liputan perjalanan himpunan yang bermula seawal jam 7 pagi semalam.

 Ratusan ribu hadir perhimpunan kesyukuran penolakan ICERD

PESERTA berkumpul di Dataran Merdeka sempena perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.