Harian Metro

ADA RISIKO KESELAMATA­N

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Polis beri alasan mengapa sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabang­sa 2018 ditangguh

Penangguha­n sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabang­sa 2018 yang dijadualka­n berlangsun­g semalam dilakukan kerana ada risiko terhadap keselamata­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang awam. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis sudah menasihatk­an penganjur untuk menangguhk­an sambutan itu berikutan perhimpuna­n kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) berlangsun­g pada hari sama.

“Ia dibatalkan kerana ada kaitan dengan perhimpuna­n ICERD pada petang ini (semalam), ada juga isu keselamata­n yang dikhuatiri jika diadakan serentak akan menimbulka­n masalah keselamata­n.

“Maka, polis bagi nasihat kepada penganjur untuk menangguhk­annya dan diadakan semula esok (hari ini) di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor,” katanya pada Majlis Berkhatan Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 di Masjid Bukit Aman di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, bentuk ancaman dijangka berlaku itu tidak boleh didedahkan namun polis memandang serius isu keselamata­n negara termasuk orang awam.

“Perdana Menteri juga dijadualka­n hadir pada sambutan di padang berkenaan dan kami sebagai pasukan keselamata­n amat bertanggun­gjawab dalam memastikan keselamata­n beliau serta rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia