Harian Metro

‘TUNJUK SIJIL DULU’

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my

Pengurus syarikat pelanconga­n kongsi tip pilih restoran makanan halal di luar negara

“Langkah pertama yang kita buat adalah meminta pengesahan sijil halal restoran berkenaan sebelum membawa pelancong untuk makan di restoran luar negara.

“Ia bagi memastikan kami benar-benar yakin dengan status halal restoran berkenaan berdasarka­n logo halal yang dipamerkan di premis mereka,” kata Pengurus Besar Tour East (M) Sdn Bhd, Adam Kamal, ketika diminta mengulas mengenai restoran makanan halal di luar negara.

Beliau berkata, ejen pelanconga­n tempatan akan memilih restoran makanan halal yang dikeluarka­n negara terbabit sebelum mereka mendapatka­n salinan pengesahan sijil halal.

“Kami akan memastikan restoran yang dibawa adalah halal berdasarka­n logo yang dipamerkan. Kita akan minta sijil halal daripada pengurusan restoran berkenaan.

“Langkah kedua pula apabila sampai ke negara terbabit, kami sendiri yang akan meninjau ke restoran terbabit sebelum membawa rombongan ke restoran berkenaan.

“Sekiranya makanan yang ditempah itu tidak halal seperti yang dijanjikan, kami akan batalkan tempahan serta merta,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas laporan Harian Metro, kelmarin mengenai lima bekas cef di sebuah restoran yang mempromosi­kan makanan halal di Osaka, Jepun, mengaku bahan yang disediakan tidak halal selain sijil halal yang dipamerkan adalah palsu.

Akhbar ini semalam menyiarkan laporan bahawa Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahka­n sebuah restoran di Osaka, Jepun tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM di sana.

Sementara itu, Presiden Majlis Pelanconga­n Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis berkata, pihaknya mahu kerajaan Jepun mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik restoran yang cuba menipu pelanggan mereka.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ?? Adam Kamal ?? Sekiranya makanan yang ditempah itu tidak halal seperti yang dijanjikan, kami akan batalkan tempahan serta merta”
Adam Kamal Sekiranya makanan yang ditempah itu tidak halal seperti yang dijanjikan, kami akan batalkan tempahan serta merta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia