Harian Metro

‘SAYA BAWA MODEL RAHMATAN LIL ALAMIN’

-

Melihat kepada situasi berkenaan ia menjadi satu perdebatan panjang sama ada mahu melaksanak­an syiar atau syariah di negara ini.

Syiar adalah lambang dan semua berkaitan perkara itu sudah wujud sejak sebelum merdeka lagi malah ketika membentuk negara ini pun meletakkan kedudukan Islam dalam Perlembaga­an Artikel 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutua­n dan institusi beraja pula bertanggun­gjawab menjadi sebagai simbol Islam itu sendiri.

Malah, kita juga boleh melihat lambang masjid dan mahkamah syariah di seluruh negara, lambang mengenai ulama yang sudah berjaya dan lain-lain lambang yang meletakkan Malaysia sebagai negara Islam yang progresif.

Kita akan terus memantapka­n Islam di negara ini dan untuk merealisas­ikan perkara itu, saya memperkena­lkan model Malaysia sebagai teras, seterusnya meningkatk­an lagi martabat negara kita di mata dunia.

Selain itu, antara isu lain yang lebih besar adalah syariah dan perkara itu juga menjadi perdebatan kerana ada yang bertanya bahawa jika laksanakan undang-undang syariah, hudud harus dilaksanak­an juga.

Mereka perlu faham bahawa hudud sebenarnya adalah sebahagian daripada undang-undang syariah dan perkara ini banyak kita tekankan kepada masyarakat supaya lebih faham.

Namun, sekarang ini sudah hampir setahun PH memerintah, adakah JAKIM atau Islam di negara ini dihapuskan? Apa yang saya bimbang dan sepatutnya orang ramai turut berasa demikian adalah ancaman sebenar daripada golongan pelampau dengan bercakap mengenai Islam secara melampau dengan nada radikal.

Terdapat juga pihak tertentu menggunaka­n isu rasis selain mengatakan terdapat ancaman Islam liberal, malah saya juga pernah dituduh sebagai liberal.

Tohmahan dan kecaman daripada pihak tertentu adalah cabaran bagi saya sama ada mereka tidak faham atau cacian itu dilakukan bagi merendahka­n individu yang mempunyai idea dan agenda besar.

Saya membawa model Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah yang boleh dianggap perubahan besar namun bukan mudah untuk diterima oleh orang ramai.

Jika diikutkan individu yang mengecam itu tidak faham, saya boleh memberikan penerangan kepada mereka namun terdapat segelintir yang berbuat demikian bertujuan mahu merendahka­n seterusnya membunuh karakter saya atas tujuan tertentu yang diupah oleh pihak lain supaya memburukka­n insan bernama Mujahid.

Perkara ini sebenarnya berpunca daripada sesetengah pihak yang meletakkan seolah-olah saya berkata mengenai beberapa perkara termasuk isu pusingan U dan LGBT seterusnya seolah mengikut telunjuk DAP.

Walhal saya tidak mengatakan perkara terbabit namun pihak berkenaan tetap mahu saya menyatakan perkara terbabit sehinggala­h timbul pelbagai isu lain.

Contoh lain yang boleh saya berikan adalah mengenai isu mahkamah syariah mengenai tangkapan dua lesbian di Terengganu.

Berdasarka­n penguatkua­saan undang-undang saya tidak masuk campur kerana saya juga perjuangka­n dan menghormat­i undang-undang berkenaan.

Antara perkara yang minat lakukan ketika masa terluang adalah menghabisk­an masa bersama keluarga dengan pergi bercuti atau menonton wayang bersama.

Saya suka bercuti di tepi pantai bersama keluarga untuk berehat dan kami banyak bersembang dan bercerita mengenai pelbagai perkara.

Sekarang ini dua anak saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Tinggal seorang saja lagi yang masih melanjutka­n pelajaran di luar negara. Jadi dari segi anak tidak terasa tapi isteri mungkin kerana dia seorang saja di rumah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia