Harian Metro

AADK kenal pasti 178 kawasan ‘panas’

-

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenal pasti sejumlah 178 kawasan berisiko tinggi berlaku penagihan dadah di seluruh negara.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 30 kawasan di Perak, diikuti Johor (23) dan Negeri Sembilan (13).

Bagaimanap­un katanya, beberapa kawasan terbabit sudah mempunyai kemajuan selepas kempen Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) dijalankan di tempat terbabit.

“Kita akan melatih pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai apakah yang boleh mereka lakukan bersama untuk program pencegahan seperti PDH dalam usaha mengurangk­an kadar penagihan.

“Program PDH bukan sekadar menangkap penagih untuk dihantar ke pusat pemulihan, sebaliknya ia dijalankan secara holisitik dan menyeluruh apabila

AADK turun sendiri ke sekolah serta menemui ibu bapa yang berisiko tinggi akan menyebabka­n anak mereka terjebak dengan penyalahgu­naan dadah.

“Kami bukan setakat tumpu kepada penagih, tapi lebih melihat untuk jangka masa lima hingga 10 tahun akan datang supaya pencegahan dilakukan akan berkekalan (iaitu) dengan mengelakka­n mereka mungkin berisiko tinggi daripada terjebak aktiviti buruk itu,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kesan dan Plan Bertindak Penyalahgu­naan Dadah Komuniti di Dewan Utama Kompleks Jubli Perak di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia