Harian Metro

SAH TIGA

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Polis siasat kejadian di perairan Kinabatang­an sebagai kes orang hilang

Tiga kru bot nelayan dipercayai hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an berhampira­n lokasi bot tunda diserang empat lelaki bersenjata Rabu lalu adalah warga Indonesia.

Sumber berkata, tiga nelayan itu dikenali sebagai Heri Ardiansyah, 19, Jari Abdullah, 34 dan Hariadin, 45, ketiga-tiganya adalah nelayan di Sandakan.

“Dalam kejadian itu, hanya tiga kru saja pergi ke laut dan bukannya empat orang.

“Seorang kru bot bernasib baik tidak menyertai rakannya turun ke laut kerana kurang sihat.

“Namun, tiga rakannya hilang dari bot dan tidak dapat dihubungi sehingga kini,” katanya di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengesahka­n hanya tiga nelayan dipercayai hilang dan bukan empat seperti dilaporkan.

Beliau berkata, pelbagai khabar angin diterima termasuk mereka diculik dan dibawa ke negara jiran, tetapi setakat ini belum ada laporan polis dibuat ahli keluarga atau mana-mana pihak. Menurutnya, polis menunggu perkembang­an lanjut berhubung kes itu dan menyiasatn­ya di bawah kes orang hilang kerana mangsa tidak dapat dikesan serta dihubungi.

Sebelum ini, dilaporkan empat termasuk tekong dan tiga nelayan didakwa hilang selepas bot dinaiki mereka ditemui kosong berhampira­n lokasi serangan bot tunda dikenali sebagai Magtrans II.

 ??  ?? BOT nelayan yang ditemui hanyut dengan enjin terpasang.
BOT nelayan yang ditemui hanyut dengan enjin terpasang.
 ??  ?? JARI
JARI
 ??  ?? HARIADIN
HARIADIN
 ??  ?? HERI
HERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia