Harian Metro

Lima ditahan bergaduh angkara parkir

-

Lima lelaki termasuk dua remaja bawah umur ditahan bergaduh kerana masalah parkir di kawasan rumah pangsa di sini, jam 4 pagi semalam.

Mereka yang ditahan daripada dua keluarga berusia antara 15 hingga 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd

Rafar berkata, pergaduhan tercetus jam 7 malam kelmarin, apabila mangsa berusia 50 tahun membaiki bas di depan rumah terbabit.

Katanya, mangsa didatangi jirannya yang menegur tindakanny­a menghalang lalu lintas.

“Difahamkan, mangsa pernah meletakkan bas di kawasan berkenaan sehingga menghalang lalu lintas dan teguran itu membawa kepada pertengkar­an antara mereka,” katanya.

Idris berkata, mangsa ditumbuk pada mata kiri membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia