Harian Metro

Belum rakam keterangan Adib

-

Kuala Lumpur: Empat lagi suspek disyaki terbabit insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, 26 November lalu ditahan polis menjadikan jumlah ditahan sehingga kini 106 individu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, jumlah tangkapan itu adalah yang terkini hingga jam 8 pagi semalam.

Katanya, tujuh individu pula tampil memberikan keterangan daripada 66 individu yang dicari polis sebelum ini untuk membantu siasatan kes itu.

Dalam perkembang­an berkaitan, ketika ditanya mengenai proses merakam keterangan daripada Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang parah akibat dipukul dalam kekecohan itu, beliau berkata, pihaknya belum mengambil keterangan mangsa kerana keadaan kesihatann­ya belum pulih sepenuhnya.

“Proses rakaman percakapan dia (Muhammad Adib) belum dilaksanak­an lagi kerana keadaan kesihatann­ya belum mengizinka­n.

“Insya-Allah kami rakam percakapan­nya apabila dia kembali sihat,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Berkhatan Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2018 di Masjid Bukit Aman, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya belum mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden mencederak­an Muhammad Adib.

“Siasatan untuk kesan suspek kini dilakukan pasukan petugas khas diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

“Siasatan itu dibuat bersama JSJ Bukit Aman dan JSJ Selangor,” katanya.

Insiden kekecohan awal pagi 26 dan 27 November lalu di tapak kuil itu menyebabka­n seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteram­an awam.

Insiden itu menyebabka­n kecederaan parah kepada anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, yang kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia