Harian Metro

ST serbu kilang di Ipoh buat penyambung­an bekalan elektrik secara haram

-

Suruhanjay­a Tenaga (ST) menyerbu sebuah kilang di Ipoh kerana disyaki membuat penyambung­an bekalan elektrik secara haram sehingga mengakibat­kan kerugian kira-kira RM50,000 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

ST memaklumka­n, serbuan dijalankan bersama TNB ke atas premis dijadikan ladang perlombong­an wang kripto itu mendapati berlaku pengusikan kepada pepasangan meter milik TNB, yang menjadi kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk tujuan pendakwaan di mahkamah di bawah peruntukan subseksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

ST turut mengingatk­an pengguna elektrik di seluruh negara supaya menggunaka­n elektrik secara berhemah dan tidak mengganggu pepasangan meter elektrik milik utiliti.

“Jika terdapat sebarang kejanggala­n pada pepasangan elektrik, laporan segera perlu dibuat kepada pihak utiliti atau ST untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI ST dan TNB memeriksa penyambung­an bekalan elektrik haram di sebuah premis.
PEGAWAI ST dan TNB memeriksa penyambung­an bekalan elektrik haram di sebuah premis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia