Harian Metro

‘Ramai datang melawat, tanya khabar’

-

Kota Bharu: “Alhamdulil­lah, selepas kami sekeluarga diuji dalam kebakaran minggu lalu, orang ramai dan bekas rakan sekerja datang melawat dan bertanya khabar,” kata bekas wartawan sambilan NSTP, Rosliza Mohamed, 44.

Menurutnya, dia cukup terharu dengan keprihatin­an banyak pihak termasuk rakan media yang sentiasa mengambil berat dan memberinya kata-kata semangat supaya tabah menghadapi musibah yang berlaku.

“Tidak dinafikan perasaan sedih tetap ada setiap kali mengingati kejadian itu yang menyebabka­n kami tinggal sehelai sepinggang, namun saya reda dan menganggap itu adalah ujian.

“Sementara waktu ini, saya bersama anak-anak tinggal di rumah kakak di Wakaf Bharu,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu di sini, kelmarin.

Terdahulu, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) Azran Fitri Abdul Rahim menyampaik­an sumbangan kepada Rosliza untuk meringanka­n beban yang ditanggung.

Dalam kebakaran jam 12.30 tengah malam minggu lalu di Jalan Gajah Mati, rumah sewa dua tingkat yang dihuni tiga keluarga hangus menyebabka­n 14 ahli keluarga Rosliza tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, Azran Fitri berkata, bagi meringanka­n beban keluarga Rosliza pihak KEMUDI melancarka­n Tabung Sumbangan Ehsan Rosliza pada hari kejadian sehingga kelmarin.

“Kami warga KEMUDI turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Rosliza. Sekurang-kurangnya wang yang diberikan ini dapat menampung perbelanja­an mereka,” katanya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunaka­n dua helikopter AW189 yang baru diterima bagi kerja menyelamat mangsa banjir.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, dua unit terbabit menjadikan jumlah keseluruha­n aset helikopter jabatan itu sebanyak sembilan dengan tujuh daripadany­a berpangkal­an di Subang manakala bakinya masing-masing satu di Bertam (Pulau Pinang) dan Miri

(Sarawak).

“Penambahan aset itu memudahkan operasi menyalurka­n bantuan serta menyelamat mangsa banjir akan dapat digerakkan dengan lebih lancar.

“Malah semua peralatan operasi banjir yang diperlukan kini diletakkan dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa ketika banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaa­n Darjah dan Pingat Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Pada majlis itu, Pemangku Raja Pahang Tengku

Abdullah Sultan

Ahmad Shah berkenan menyampaik­an darjah dan pingat kepada 178 individu termasuk Mohammad Hamdan yang dianugerah­kan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk.

 ??  ?? AZRAN (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Rosliza ketika ditemui di rumah kakaknya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu.
AZRAN (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Rosliza ketika ditemui di rumah kakaknya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia