Harian Metro

‘TIPU SUNAT’

-

 Lelaki ‘perdaya’ anak beli baju Melayu konon buat persiapan hari raya

“Minggu lalu saya bawa anak beli baju Melayu untuk dipakai pada majlis berkhatan dengan harapan dia menganggap kami membuat persediaan menyambut hari raya,” kata Zainuddin

Seremban: Mursalim, 55.

Zainuddin menceritak­an rancangan untuk menghilang­kan gemuruh anaknya yang menghidap sindrom Down, Mohammad Farhan, 6, yang menyertai program khatan perdana anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Putra, Juasseh di sini semalam.

Usahanya berhasil apabila Mohammad Farhan yang turut ditemani abangnya, Mohammad Fakhrul Aiman, 9, kelihatan gembira dan tidak takut ketika dikhatanka­n di bawah khemah di taman berkenaan.

“Dengan persiapan seolah-olah mahu menyambut Hari Raya, Mohammad Farhan kelihatan teruja, malah tidak tidur lena kerana tak sabar menunggu hari ini (semalam).

“Dia bertambah seronok apabila melihat abangnya serta ramai kanak-kanak lain yang juga rakannya turut menyertai program ini,” katanya ditemui pada majlis itu di sini.

Program

itu dirasmikan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Rosli Omar; Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Abu Zarin Abdullah dan Pegawai Perpaduan Daerah, Abd Khalid Ujang.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Putra, Sidek Tahir berkata, program disertai 35 kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun itu bertujuan meraikan mereka selain mengeratka­n hubungan antara penduduk, KRT dan pemimpin setempat.

“Kali terakhir program ini diadakan lima tahun lalu dan atas permintaan ramai, kita anjurkan sekali lagi.

“Lebih menarik, kita mendapat kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah untuk acara bersiram serta bantuan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk mengkhatan­kan peserta.

“Di samping program berkhatan, kita juga memasak secara gotong-royong bagi merapatkan lagi ukhwah antara penduduk,” katanya.

 ?? Zainuddin ?? MOHAMMAD Farhan sebelum bersunat pada program Khatan dianjurkan KRT Taman Putra. Dengan persiapan seolah-olah mahu menyambut hari raya, Mohammad Farhan kelihatan teruja malah tidak tidur lena kerana tak sabar menunggu hari ini (semalam)”
Zainuddin MOHAMMAD Farhan sebelum bersunat pada program Khatan dianjurkan KRT Taman Putra. Dengan persiapan seolah-olah mahu menyambut hari raya, Mohammad Farhan kelihatan teruja malah tidak tidur lena kerana tak sabar menunggu hari ini (semalam)”
 ??  ??
 ??  ?? ROSHAAM menahan sakit ketika sertai upacara berkhatan anjuran Masjid Dato Bandar Haji Ahmad
Rasah, Seremban.
ROSHAAM menahan sakit ketika sertai upacara berkhatan anjuran Masjid Dato Bandar Haji Ahmad Rasah, Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia