Harian Metro

Pujuk dua bulan

-

Usia yang baru mencecah tiga tahun tidak menghalang Roshaam Rhyan Muhd Azwar menyertai program khatan beramai-ramai anjuran Masjid Datuk Bandar Haji Ahmad, Rasah di sini, bersama kanak-kanak lain yang lebih tua daripadany­a.

Ditemani ibu bapanya, Siti Aisyah Abdullah, 40, dan Muhd Azwar Vijay Kumar, 44, serta abangnya, Muhd Arif, 10, yang turut menyertai program itu, Roshaam kelihatan ceria dan bersemanga­t sebaik tiba di pekarangan masjid.

Siti Aisyah berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk memujuk kedua-dua anaknya itu menyertai program berkhatan beramai-ramai yang pertama kali diadakan pihak pengurusan masjid berkenaan.

“Selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya mereka bersetuju. Anak-anak saya tambah bersemanga­t apabila melihat ramai kanak-kanak lain turut menyertai program berkhatan ini,” katanya.

Walaupun segelintir pihak berpendapa­t usia tiga tahun terlalu muda untuk dikhatanka­n, tetapi Siti Aisyah berkata, dia yakin proses berkhatan anak-anaknya berjalan lancar.

Sementara itu, gelagat seorang bapa dan anak yang mandi bersama ketika upacara simbolik mandi beramai-ramai di bawah pancuran air sebelum upacara berkhatan diadakan, turut mencuri tumpuan ramai.

Sazali Ismail, 31, terpaksa menemani anak sulungnya, Dzal Aidi Sazali, 8, yang menangis ketakutan kerana tidak mahu dikhatanka­n.

Ibunya, Maria Mansor, 30, berkata, dia terpaksa berjanji memberi hadiah kepada anaknya bagi memujuk dan menenangka­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia