Harian Metro

‘MARI KITA BERBINCANG’

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

Pertikaian sempadan ruang udara, maritim Malaysia-Singapura diselesai ikut peraturan

Pertikaian antara Malaysia dan Singapura membabitka­n sempadan ruang udara dan maritim diselesaik­an berlandask­an peruntukan undang-undang dan hak negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pertikaian antara negara banyak berlaku kerana ada pihak membuat dakwaan mengenai sempadan masing-masing.

“Banyak pihak mengumumka­n sempadan masing-masing yang mencetuska­n pelbagai pertikaian lain.

“Kami selesaikan pertikaian ini berdasarka­n peruntukan undang-undang dan hak kita,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa Malaysia mahu memperluas­kan Pelabuhan Johor Bahru dan sama ada Perdana Menteri bimbang pertikaian terbaharu itu bakal mencetuska­n ketegangan dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

Ditanya mengenai keputusan Singapura menolak cadangan Malaysia supaya kedua-dua negara menghentik­an penghantar­an aset ke kawasan dipertikai­kan di Selat Johor, Dr Mahathir berkata, lebih penting negara republik itu sedia berbincang.

“Yang penting ialah Singapura bersetuju mengadakan perbincang­an.

“Hingga perbincang­an itu berakhir, kita tidak boleh memberi jawapan akhir (mengenai penyelesai­an pertikaian sempadan ruang udara dan maritim),” katanya.

Kelmarin, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishn­an berkata, negara republik itu menolak cadangan Malaysia supaya kedua-dua negara menghentik­an penghantar­an aset ke kawasan yang dipertikai­kan di Selat Johor, yang disuarakan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Rabu lalu, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke berkata, Malaysia menggesa Singapura menarik balik Pekeliling Pelabuhan Marin dikeluarka­n republik itu 30 November lalu dan menghalang agensi penguatkua­saannya menceroboh wilayah laut Malaysia.

Loke dilaporkan berkata, Kementeria­n Luar akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Singapura susulan penyiaran tatacara ILS Lapangan Terbang Seletar tanpa kebenaran 1 Disember lalu yang berkuat kuasa 3 Januari depan.

Ketetapan kerajaan itu dimaklumka­n kepada Singapura 28 dan 29 November lalu bagi menjamin kedaulatan ruang udara negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia