Harian Metro

Isu didedah di Parlimen

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka mendedahka­n isu membabitka­n Lembaga Tabung Haji (TH) di Parlimen, Isnin ini.

Katanya, antara didedahkan laporan kewangan 2017 di dapati bercanggah termasuk isu keuntungan agensi itu yang diperkatak­an sebelum ini.

“Tunggu hari Isnin ini sekitar jam 10 pagi, bertempat di Parlimen, kami dedahkan dapatan-dapatan yang kami jumpa dalam pengurusan TH yang menyedihka­n.

“Sebagai tanggungja­wab kami kepada Parlimen dan orang ramai, penjelasan diberi sesuai dengan dapatan-dapatan yang kami temui.

“Dijangka Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dipanggil (bermesyuar­at) dan mereka boleh memanggil sesiapa saja (untuk disiasat) jika mereka lihat perkara ini ada isu,” katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan Program Kembali Ke Sekolah di Mydin Mall di sini, kepada 200 pelajar miskin semalam.

Ditanya sama ada perkara itu ada kaitan dengan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan pihaknya menyerahka­n sepenuhnya siasatan kepada polis.

“Tidak pasti sama ada berkaitan dengan isu 1MDB, namun kami belum menyelam ke dasar lagi, biarlah polis menjalanka­n siasatan mereka dan saya yakin perkara ini disiasat menyeluruh dan kami akan tahu siapa yang menyalahgu­nakan dana itu.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan tertentu yang mengaitkan isu TH sebagai balas dendam.

“Jika saya nak balas dendam daripada tahun 2016 lagi saya dah dedahkan TH ada masalah. Wajarkah isu yang membabitka­n kepentinga­n umat dianggap misi balas dendam?

“Diharap pihak ini memikirkan­nya secara mendalam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia