Harian Metro

Nana

-

“Untuk menghiburk­an orang ramai, seorang penyanyi harus kreatif dan Zaaim memiliki kelebihan itu dan dia cepat belajar,” katanya.

Mengulas mengenai peluang Zaaim untuk beraksi di pentas Mentor 7, Nana menyifatka­n masih terlalu awal untuk meletak harapan.

Biarpun kini persembaha­n nyanyian Zaaim sudah berjaya mencuri perhatian juri tetap Mentor 7 iaitu Datuk Wah Idris dan Mas Idayu, ia tetap bukan jaminan.

Ujar Nana, pentas persaingan masih ada beberapa minggu lagi, jadi Zaaim tidak boleh leka dan dia harus kekal konsisten.

Selain Zaaim, barisan protege lain yang masih bersaing ialah Pasya, Ranisha, Megat, Azmirul dan Lazarul.

Selain Nana, tiga lagi mentor bertanggun­gjawab membimbing anak didik mereka ialah Datuk Syafinaz, Aizat Amdan dan Hafiz Suip.

Berbicara mengenai perkembang­an karier seninya, Nana berkata, dia muncul dengan drama terbaru, Cekelat Honey.

Berganding­an dengan pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim, drama 15 episod itu mendapat sentuhan pengarah Hadith Omar.

Mengulas mengenai wataknya, Nana berkata, dia memain peranan ibu tunggal yang menjalanka­n perniagaan kafe bernama Maya.

Bagaimanap­un, Maya menjadi rebutan dua selebriti popular iaitu Ryan Harris yang dilakonkan Zarul

Husin dan Adam Iskandar (lakonan Fikry).

Selain Nana, Fikry dan Zarul, drama komedi romantis Cekelat Honey dibintangi Zulin Aziz,

Sham Visa, Nonny Nadirah, Fauziah Nawi dan Syura Badron.

Nana berkata, drama Cekelat Honey dihasilkan berdasar jalan cerita dua telefilem lakonannya bersama Fikry iaitu Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey.

 ??  ?? Dalam menghadapi persaingan di pentas program realiti TV seperti Mentor 7 sekarang, saya perlu memilih lagu tepat dan sesuai dinyanyika­n Zaaim
Dalam menghadapi persaingan di pentas program realiti TV seperti Mentor 7 sekarang, saya perlu memilih lagu tepat dan sesuai dinyanyika­n Zaaim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia