Harian Metro

Kikis sikap pemalu zaaim

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Memahami erti satu perjuangan membuatkan penyanyi dan pelakon,

Siti Nordiana Alias tekad memberikan bimbingan mantap kepada protege tunggalnya, Zaaim.

Apatah lagi, melihat kesungguha­n anak muda kelahiran Kedah itu mengejar impian bergelar penyanyi, ia bukan perkara mudah.

Begitupun, pengalaman Siti Nordiana atau Nana, 34, yang pernah menyertai program realiti TV pada 2015, diakui banyak membantuny­a.

“Dalam menghadapi persaingan di pentas program realiti TV seperti Mentor 7 sekarang, saya perlu memilih lagu tepat dan sesuai dinyanyika­n Zaaim.

“Pemilihan lagu yang betul penting untuk memastikan Zaaim dapat menonjolka­n tahap kemampuan vokalnya yang sebenar.

“Ini kerana, saya lihat semua protege dipilih berentap dalam Mentor 7 boleh dikatakan hebat dan terbaik.

“Mereka (protege) sudah bersedia untuk bersaing dan masing-masing memiliki kehebatan tersendiri dan saling mencabar,” katanya.

Mengakui bakat Zaaim masih banyak yang perlu digilap, penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini menyifatka­n protegenya itu sangat pemalu.

“Sekarang, saya cuba kikis sikap pemalu Zaaim kerana sebagai penyanyi, dia tak boleh jadi terlalu pemalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia