Hilang nafsu pada wanita

Harian Metro - - Selebriti -

Semakin meluat Cik Pang dengan penyanyi lelaki ini. Tak guna berwajah kacak tetapi perangai macam ‘syaitan’. Sebelum ini Cik Pang dapat tahu dia kaki mabuk, ponteng puasa dan macam-macam lagi.

Malah, penyanyi yang juga pelakon ini katanya seorang yang poyo. Terbaru, Cik Pang dapat tahu penyanyi ini keliru dengan identiti sendiri. Nak kata dia lelaki sejati tak juga. Nak kata dirinya gay pun tak tahu juga.

Cuma, baru-baru ini penyanyi lelaki ini mengakui dia masih keliru dengan identiti diri.

Perkara itu terjadi depan dua rakan lain yang juga artis. Ketika itu, mereka berada di tempat yang sama. Bagi menghilangkan rasa bosan, mereka main satu permainan.

Syarat permainan itu, siapa kalah kena ikut apa kata rakan lain. Nak dijadikan cerita, penyanyi lelaki ini kalah dalam permainan terbabit. Jadi, rakannya meminta penyanyi ini buka baju depan rakan lelaki.

Tanpa disedari, penyanyi lelaki ini terangsang. Namun, apabila perkara sama dibuat depan rakan wanita, penyanyi lelaki ini seakan-akan tak bernafsu pula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.