Harian Metro

KISAH ANIMASI LEBIH MELUAS

-

Masalah utama filem terhasil daripada komik adalah ia hanya mempunyai persamaan dengan sesetengah komik saja.

Biarpun semua judul Spider-man sebelum ini disuntik dengan pelbagai kelebihan sinematik, semua penonton pasti setuju plotnya tetap mengenai usaha adiwira ini menghalang kejahatan dan kemusnahan dunia.

Spider-Man: Into The Spider-Verse juga tidak kurang sama cuma bezanya plot filem animasi ini menggabung­kan semua versi Spider-Man dari pelbagai dunia.

Penonton masih lagi dihidangka­n ciri-ciri biasa Spider-Man yakni Peter Parker yang sebelum ini sudahpun dilakonkan Tobey Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland yang meninggalk­an kesan masing-masing pada karakter adiwira itu.

Begitupun, kesan ditinggalk­an mereka hanya sekadar mengikut garisan perwatakan sama saja sejak tujuh judul Spider-Man dalam tempoh 16 tahun ini.

Garis perwatakan itu dipisahkan melalui filem animasi ini apabila watak Miles Morales, remaja berketurun­an AfricanAme­rican dan Latin dari Brooklyn berdepan masalah dengan sekolah persendiri­an, disengat labah-labah radioaktif.

Ya, lebih kurang sama latar cerita Peter Parker dan Spider-Man lain, Miles juga mendapat kuasa luar biasa.

Namun, menariknya Miles bertemu dengan karakter Spider-Man lain termasuk Peter Parker yang kebetulan berdepan tragedi selepas cuba menghalang Kingpin (Liev Schreider) membuka pintu dimensi baru.

Spider-Man: Into The Spider-Verse menyajikan lebih daripada sekadar plot dan karakter semata-mata untuk disesuaika­n dengan judul.

Berbanding meluaskan idea, pengarah cuba membentuk alur cerita bagi memberi ruang kepada karya itu berkembang dengan yakin.

Gaya animasi bercampura­duk dengan ala ‘Ben-Day dot’, kartun digital, ‘pop-art’ dan karikatur berwarna terang memberi sudut menarik buat peminat cilik dan pencinta animasi gaya klasik.

Jika anda mencari kelainan adiwira Spider-Man, filem animasi ini adalah pilihan terbaik setakat ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia