Harian Metro

Dugaan Berani Jadi Papa

- Mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Beberapa peristiwa ketika penggambar­an cetus gusar naskhah tak sempat siap

Cuti sekolah semakin bermakna dengan adanya filem televisyen berjudul Berani Jadi Papa yang bersiaran sejak Khamis lalu di Astro First Eksklusif (Saluran 480).

FTV arahan Umi Salwana Omar yang diterbitka­n Red Communicat­ions Sdn Bhd ini dibintangi Datuk Awie, Ungku Hariz dan Rykarl Iskandar.

Berani Jadi Papa nukilan Nadia Khan dan Mamu Vies adalah naskhah santai yang sarat dengan mesej positif berkisarka­n hubungan erat Kamal dengan anaknya Ayim.

Menurut Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, beberapa peristiwa tidak diduga berlaku ketika penggambar­an membuatkan mereka gusar sekiranya naskhah itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Dalam drama ini, watak Ayim ada dua versi iaitu kanak-kanak dan dewasa. Jadi, proses uji bakat saja sudah makan masa yang sangat lama.

“Ramai pelakon menjalani uji bakat dan kami memilih adik Rykal dan Ungku Hariz untuk watak Ayim.

“Selain itu, Datuk Awie sakit kaki beberapa hari sebelum penggambar­an sedangkan watak Sani Joned dicipta khas untuknya,” katanya.

Menurut Putri Yasmin, Awie minta tempatnya digantikan pelakon lain, namun ia sukar dilakukan dan mereka sanggup menungguny­a pulih.

“Proses pembikinan skrip juga perlu berhati-hati kerana cerita begini pernah ada sebelum ini. Jadi kena buat plot twist yang berbeza agar tidak klise,” katanya.

Awie pula mengakui berbesar hati ditawarkan berlakon dan mengambil langkah bertemu pakar bagi menyembuhk­an penyakitny­a.

“Saya tak boleh bangun selama beberapa hari. Saya berubat, bertemu doktor dan akhirnya masalah ini selesai.

“Ini saja yang saya mampu buat dan diharapkan penonton terhibur,” katanya.

Sementara itu, Ungku Hariz dan Rykarl mengakui sukar melakonkan watak masing-masing terutama selepas tertukar identiti tanpa sengaja.

“Memang keliru tetapi dengan bantuan pengarah dan semua yang terbabit, ia akhirnya berjalan lancar,” kata mereka.

Berani Jadi Papa boleh dilanggan dengan hanya RM15 dan penonton boleh menonton berulang kali dalam tempoh dua hari dari waktu pembelian.

Cerita ini juga boleh ditonton menerusi platform digital-on-demand.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia