Harian Metro

HILANG PENAT LIHAT MUKA ANAK

-

Komited dengan kerjaya seni bukan alasan buat dua figura ini mengambil mudah tanggungja­wab mereka sebagai ibu.

Walaupun menguruska­n keluarga dan pada masa sama memenuhi undangan persembaha­n sesuatu yang mencabar, Salma Asis dan Ayu Damit tidak pernah mengeluh.

Sepanjang melaksanak­an amanah itu, banyak pengalaman mencuit hati serta mencabar kesabaran dilalui mereka.

Salma yang pernah menjuarai program Mentor 5 dan 3 Juara berkata, dia akan memastikan keperluan suami dan anak-anak didahuluka­n.

“Sebelum menghadiri mana-mana persembaha­n, saya akan siapkan dulu keperluan keluarga.

“Syukur, saya dikurniaka­n suami yang ringan tulang menjaga anakanak kami,” katanya.

Bagaimanap­un, Salma mengakui lebih selesa sekiranya suami dan anak-anak berada dekat dengannya.

“Kalau ada acara yang boleh bawa keluarga, saya akan bawa mereka. Jika bekerja di luar daerah, mereka akan ikut.

 ??  ??
 ??  ?? SALMA
SALMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia