Harian Metro

Membongkar identiti Kekasih Maghrib

-

Mengajak penonton berfikir identiti penculik dan pembunuh sebenar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangka­n telefilem bertajuk Kekasih di Kala Maghrib arahan pelakon Rusdi Ramli pada 15 Disember ini, jam 3.05 petang di TV1.

Mengisahka­n Dinda, gadis yatim piatu yang bekerja di kedai menjual bunga dan dia diminati penyelia barunya, Fikri. Satu hari mereka menghantar bunga ke rumah pelanggan. Dalam perjalanan kereta Fikri terlanggar Pian yang berjoging di tepi jalan. Pian pelajar yang murung selepas kematian rakan sekelasnya, Farid.

Sejak hari itu, Dinda selalu menerima kiriman mesej daripada peminat misteri yang menggunaka­n nama samaran Kekasih Maghrib. Malah, Dinda selalu menerima sejambak ros putih daripada Kekasih Maghrib. Dinda fikirkan yang Kekasih Maghrib ialah Fikri kerana dia tahu Fikri meminatiny­a.

Dinda dihubungi Kakasih Maghrib untuk berjumpa di satu tempat. Dinda pergi ke lokasi dan pada waktu sama, Fikri juga pergi dengan sejambak ros putih. Setelah mereka bersoal jawab, Dinda mendapati bahawa Fikri bukanlah Kekasih Maghrib.

Apabila dia pulang dan melihat komputerny­a, Dinda mendapat tahu bahawa Kekasih Maghrib memarahi dan menuduhnya curang. Dinda menerima SMS daripada Kekasih Maghrib yang ingin berjumpa.

Selepas mengikut arahan ke tempat yang diminta Kekasih Maghrib, rupa-rupa itu adalah pusara Farid. Fikri yang berasa tidak sedap hati pergi ke rumah Dinda dan mendapati kediaman itu berselerak.

Fikri yang mengesyaki Pian, pergi ke rumahnya dan bertanya kepada nenek Pian. Selepas mendengar cerita sebenar, barulah Fikri tahu keadaan Pian. Lalu, mereka membuat laporan polis.

Pian menculik dan mengikat Elina, bekas kekasih Farid dan Dinda dalam sebuah rumah lama. Dia tidak puas hati dengan Elina kerana menyebabka­n kematian Farid, kawan baiknya. Dia juga mengikat Dinda kerana curang terhadapny­a, selaku Kekasih Maghrib.

Ikuti kesudahan konflik anak muda dalam telefilem yang dibintangi Ezzaty Abdullah, Zain Saidin, Zaharil Adzim, Miera Liyana dan Aman Nasim ini.

 ??  ??
 ??  ?? PUTERI BALQIS
PUTERI BALQIS
 ??  ?? DOTTIE
DOTTIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia