TAMP

Harian Metro - - Vroom -

Konsepnya yang direka untuk semua bentuk jalan dan kawasan yang tiada berlaluan menggambarkan keupayaan dan ketahanan jentera Royal Enfield Himalayan ini.

Mula dibawa masuk ke pasaran tempatan pada Mei lalu oleh RE Motorcycles, model versatil dibina menggunakan casis dan enjin serba baharu ini diimport sepenuhnya (CBU) dari India.

Kali pertama menunggang motosikal jenama ini memberikan pengalaman baru untuk penulis merasai karakter tenaga enjin silinder tunggal sejati.

Melihat pada reka bentuknya adalah gaya asas motosikal ‘dual-purpose’ dengan casis Half-Duplex Split Cradle tahan lasak, memberikan jarak kelegaan bumi 220 milimeter (mm).

Jurang ini adalah ideal untuk jentera ini melepasi sungai, batu, kayu serta halangan lain bagi tujuan penjelajahan laluan lasak dengan roda bersaiz 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

Kedudukan pemegang tinggi dan aras tempat duduk

Royal Enfield

Himalayan dibina untuk

kembara off-road dan

belukar

sekitar 800mm dipadankan dengan bentuk tirus tangki bahan api 15 liter, Himalayan menyediakan posisi menunggang selesa sama ada bagi perjalanan jarak dekat atau jauh.

Kedudukan lampu hadapan halogen yang tinggi bertujuan untuk pencahayaan lebih luas ketika mengharungi laluan lasak menawarkan kelebihan tunggangan.

Melihat pada panel meter Himalayan, ia adalah gabungan digital dan analog dengan sistem kompas tersedia bagi memudahkan carian peta terutama ketika di lokasi yang tiada capaian Internet.

Ini adalah antara ciri istimewa penjelajahan direka untuk model ini.

Cermin penyisih angin, besi pelindung kerangka dan tempat meletak beg sisi dan belakang yang tersedia pada model ini membolehkan aksesori tambahan dipasang terutama bagi tujuan pe- ngembaraan jarak jauh.

Lampu belakang LED adalah cerah untuk sebarang cuaca digabungkan dengan lampu membelok konvensional.

Penahan lumpur tinggi dan rendah, logo ukiran Himalayan pada sisi, pelindung fork, roda jejari, eksoz kedudukan tinggi dan pelindung enjin adalah ciri off-road yang menjadikannya tampak lasak.

Nadi utama Himalayan ialah enjin silinder tunggal LS410 dengan kuasa 411cc sejukan udara, suntikan bahan api SOHC

Lizam Ridzuan GAYA lasak Himalayan. SESUAI untuk tunggangan harian.

ENJIN 411cc sejukan udara. POSISI menunggang santai. BREK cakera hadapan dan belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.