Mengimbau tsunami

Harian Metro - - Muka Depan - Mohamad Hussin [email protected]

Peluang menjejakkan kaki ke Serambi

Makkah iaitu Banda Aceh amat menyentuh hati tatkala melihat kesan sejarah tsunami yang mengorbankan sehingga 250,000 nyawa, malah hingga hari ini ada antaranya masih tidak ditemui.

Perasaan berbaur sedih dan insaf sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh bersama keluarga dan kenalan.

Kami dijemput pak supir yang sedia menunggu di lapangan terbang yang terus membawa mengelilingi sekitar Banda Aceh. Percutian empat hari tiga malam itu rasanya tidak cukup kerana banyak tempat menarik dan peninggalan sejarah tsunami yang tidak sempat kami lawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.