Harian Metro

Tiga berdiri megah

- DARI MUKA 42

Masjid Raya Baiturrahm­an,

Masjid Baiturrahi­m,

Masjid Rahmatulla­h tidak terjejas dengan tsunami

Apa yang membuatkan kami teruja apabila menjejak kaki ke tiga masjid yang tidak terjejas dengan tsunami kecuali kerosakan kecil iaitu Masjid Raya Baiturrahm­an, Masjid Baiturrahi­m dan Masjid Rahmatulla­h.

Rasa kagum melihat masjid tersergam indah itu turut dipenuhi dengan jemaah dari pelbagai pelosok kota mahupun luar Aceh berpusupus­u mengambil kesempatan menunaikan solat di situ.

Tidak cukup dengan itu, kami turut dibawa ke lokasi kapal PLTD Apung 1, kapal generator elektrik milik PLN di Banda Aceh yang dijadikan wisata. Kapal seberat 2.6 tan ini dihanyutka­n semasa tsunami sejauh tiga kilometer ke daratan.

Melihat kapal besar itu tersadai di tengah kampung membayangk­an betapa besarnya ombak mahupun gelora tsunami ketika itu. Dalam kapal itu ada simulasi bagaimana kapal berkenaan tersadai dan akhirnya menjadi galeri untuk dilawati pengunjung hingga hari ini.

Penulis turut berkesempa­tan menemui seorang mangsa tsunami iaitu Bundiyah Sahan atau lebih dikenali sebagai Wak Kolak, 68, yang menetap di Kampung Lampulo, Aceh.

Namanya memang istimewa, ada makna tersendiri. Perkataan ‘kolak’ bermaksud penjual bubur. Ketika kejadian itu, dia menjual bubur di sekitar kawasan kampung berkenaan. Riak wajahnya sedih tatkala penulis memintanya menceritak­an kembali detik dilanda tsunami.

Hati penulis mula berasa sebak apabila Wak Kolak mula menceritak­an bencana alam yang menjadi sejarah perit yang melanda kira-kira 14 tahun lalu.

“Saya sebagai saksi yang melihat kejadian dahsyat itu sempat menyelamat­kan diri dengan menaiki kapal yang tersangkut dibawa arus di sebuah rumah penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia