Harian Metro

MUSIM TENGKUJUH CABARAN GETIR

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Penganjura­n acara berbasikal pada musim tengkujuh pasti memberikan cabaran tersendiri buat peserta kerana selain meredah hujan, mereka juga mengharung­i trek yang basah.

Namun, bagi penunggang basikal tegar faktor cuaca tidak menghalang mereka melepaskan gian mengayuh basikal. Bahkan mereka berpendapa­t semakin mencabar sesuatu pertanding­an, ia lebih memberikan kepuasan!

Meskipun basah bermandika­n hujan, 1,250 peserta acara De Perasing Ride 2018 berjaya menamatkan kayuhan sejauh 90 kilometer (km) bagi kategori ‘road bike’ dan 50km untuk ‘mountain bike’.

Program kali kedua anjuran LPT2 bersama Kerajaan Negeri Terengganu ini adalah acara Terbuka Malaysia yang turut disertai 55 peserta dari Thailand, Singapura dan Brunei. Ia bermula serta berakhir di Hentian Rehat dan Raw at (R&R) Perasing, Lebuhraya Pantai Timur ll (LPT2), barubaru ini.

Pengurus program, Ahmad Sabri Mustaffa berkata, program berkenaan adalah kayuhan komuniti Kemaman, Terengganu, tetapi pada masa sama menaw arkan perlumbaan yang membolehka­n pelumba berentap untuk merebut kemenangan.

“Sebanyak 12 kategori dipertandi­ngkan dengan tujuh kategori bagi acara ‘road bike’, manakala selebihnya acara ‘mountain bike’ yang menaw arkan hadiah keseluruha­n w ang berjumlah RM90,000.

“Peserta yang menyertai acara kali ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu di antara 13 hingga 60 tahun.

“Menariknya kami menerima penyertaan w anita yang menggalakk­an iaitu 60 peserta dalam kategori ‘road bike’,” katanya.

Selain itu, katanya, julung kalinya acara kayuhan diadakan di LPT2 kerana kebiasaann­ya aktiviti berkenaan dijalankan di jalan raya bandar.

Jelasnya, pendekatan itu bertujuan memperkena­lkan Hentian R&R Perasing kepada masyarakat umum kerana sebelum ini kaw asan berkenaan lebih terkenal dengan kisah negatif.

“Sejak beroperasi kirakira tiga tahun lalu, hentian ini sepi kerana kurang menjadi pilihan pengguna lebuh raya untuk singgah disebabkan perkara itu.

“Selepas dua kali mengadakan program ini, kami sudah nampak perubahan positif apabila semakin ramai yang singgah di sini terutamany­a pada musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

Berkata lanjut, hentian berkenaan bukan saja luas, malah lengkap dengan kemudahan asas dan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Tambahnya, jumlah peserta pada tahun ini meningkat 500 orang berbanding 1,000 peserta tahun lalu dan berhasrat menjadikan program berkenaan sebagai acara tahunan di LPT2.

 ?? FOTO ?? PELEPASAN peserta memulakan perlumbaan.
FOTO PELEPASAN peserta memulakan perlumbaan.
 ??  ?? DE Perasing Ride 2018 kali kedua diadakan di LPT2.
DE Perasing Ride 2018 kali kedua diadakan di LPT2.
 ??  ?? ANTARA peserta wanita yang menyertai kategori ‘road bike’.
ANTARA peserta wanita yang menyertai kategori ‘road bike’.
 ??  ?? PESERTA bersaing untuk menamatkan perlumbaan.
PESERTA bersaing untuk menamatkan perlumbaan.
 ??  ?? TREK di lebuh raya menguji kekuatan mental dan jasmani peserta.
TREK di lebuh raya menguji kekuatan mental dan jasmani peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia