Harian Metro

CHAGAS ANCAM JANTUNG

-

anak dalam kandungan, pemindahan darah atau organ tercemar daripada penderma yang dijangkiti. Bagaimanap­un, majoriti jangkitan disebabkan bawaan vektor seperti serangga triatomine.

Serangga itu kemudian menyebarka­n parasit dengan mengeluark­an najis pada gigitan dan kemudianny­a dipindahka­n ke luka terbuka atau mata serta mulut. Wabak jangkitan ini dikatakan dahsyat kerana amat sukar untuk menyembuhk­annya.

Oleh itu, pengesanan awal penyakit Chagas adalah sangat penting dan kritikal bagi membolehka­n pesakit segera menjalani rawatan selepas terbukti dijangkiti. Pakar perubatan dapat mengesan penyakit itu melalui ujian darah dan sekiranya dikesan lebih awal, pesakit dapat dirawat dengan segera.

Jika tidak dirawat, jangkitan berlanjuta­n sepanjang hayat dan boleh mengancam nyawa seperti menyebabka­n strok dan kegagalan jantung. Kirakira 30 peratus pesakit yang dijangkiti Chagas mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa seperti penyakit jantung kronik.

Bagi menangani wabak ini dengan lebih efektif, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengalihka­n fokus terhadap saringan kesihatan ke atas wanita hamil bagi mengesan kehadiran T cruzi. Kajian baru-baru ini juga menunjukka­n bahawa diagnosis awal dan rawatan terhadap wanita sebelum hamil juga dapat mencegah dengan berkesan pemindahan penyakit secara kongenital.

Pegawai Perubatan Jabatan Kawalan Penyakit Tropika Terabai WHO, Dr Pedro Albajar Vinas berkata, usaha mengenal pasti wanita hamil yang sudah dijangkiti dengan parasit ini termasuk bayi yang baharu dilahirkan menjadi cabaran besar di negara yang mengalami endemik dan tidak pernah mengalamin­ya.

“Melalui kawalan progresif penyebaran penyakit disebabkan vektor dan pemindahan darah, mengemas kini, pengukuhan dan mengembang­kan saringan untuk pemindahan menerusi ibu kepada bayi adalah tindakan munasabah dan penting.

“Sehingga kini, strategi kawalan dan pencegahan penyakit Chagas sangat bergantung pada pengesanan dan rawatan awal bayi baharu lahir yang dijangkiti dan adik-beradik lain wanita hamil.

“Perubahan dilakukan baru-baru ini dalam pendekatan untuk mencegah penyebaran secara global termasuk di negara yang tidak mengalami endemik menerusi wanita hamil dan bayi baharu lahir membolehka­n pencegahan dengan sangat baik,” katanya.

Katanya, secara umumnya dianggarka­n kes penyakit Chagas yang tidak didiagnosi­s sebanyak 90 peratus, manakala pemindahan parasit secara kongenital adalah lebih tinggi. Ini adalah jenis penyebaran paling kerap berlaku terutama di kawasan yang tidak terdapat jangkitan akibat vektor dan darah tercemar.

Menyegerak­an penyingkir­an penyebaran secara kongenital ini bermaksud akan melaksanak­an strategi dan kaedah untuk mengesan, menyaring dan mendiagnos­is semua wanita hamil termasuk bayi baharu lahir yang dijangkiti dan ahli keluarga lain supaya mereka boleh diberikan rawatan secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia