Harian Metro

CECAIR BADAN SEBAR PARASIT

-

Saringan terhadap ibu hamil dan bayi dalam

kandungan kawalan paling berkesan

Ini termasuk melaksanak­an strategi serupa terhadap semua gadis yang sudah matang seawal 19 tahun di mana keberkesan­an rawatan antiparasi­t lebih tinggi dalam kalangan mereka berbanding wanita dewasa.

Penyakit Chagas ditemui kebanyakan­nya di kawasan endemik di 21 negara Amerika Latin dengan penyebaran jangkitan paling tinggi terhadap manusia disebabkan sentuhan najis atau air kencing serangga ‘kissing bug’.

Serangga penghisap darah ini biasanya menghuni dalam rekahan dinding atau atap kediaman di kawasan miskin luar bandar. Ia bersembuny­i pada waktu siang dan menjadi aktif serta keluar mencari makan pada waktu malam.

Ia juga biasa menggigit pada kawasan kulit yang terdedah seperti muka dan akan mengeluark­an najisnya berhampira­n tempat gigitan. Parasit yang dibawa kemudian memasuki tubuh manusia apabila manusia secara tidak sengaja menyapu najis serangga itu ketika menggaru dan terkena luka gigitan yang terdedah, mata atau mulut.

Berabad-abad lamanya, penyakit ini hanya terdapat dalam kalangan populasi luar bandar di Amerika Latin. Namun, penghijrah­an penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar termasuk ke negara lain secara tidak langsung menyebabka­n penyakit merebak lebih meluas dan cara pemindahan juga tidak lagi melalui serangga sebaliknya perkongsia­n cecair dalam badan.

Bagaimanap­un, terdapat kes jangkitan dilaporkan berlaku dalam kalangan pelancong yang baru pulang dari Amerika Latin dan anak angkat yang dibawa dari negara rantau itu. Dianggarka­n enam hingga tujuh juta penduduk dunia dijangkiti T cruzi.

Malangnya, masih belum ada vaksin untuk penyakit ini. Disebabkan itu, kawalan vektor dan pemindahan membabitka­n cecair badan termasuk daripada ibu kepada bayi dalam kandungan kekal menjadi kaedah paling berkesan untuk mencegah penyebaran di Amerika Latin.

Penyakit Chagas dikesan dalam dua fasa iaitu akut dan kronik.

Bagi fasa akut yang muncul kira-kira dua bulan selepas jangkitan, sebilangan parasit akan mula beredar dalam darah. Bagaimanap­un, dalam kes tertentu pesakit tidak menunjukka­n simptom atau simptomnya sederhana dan tidak dikenal pasti.

Kurang 50 peratus pesakit yang digigit serangga triatomine, ciri pertama yang ditunjukka­n adalah kulit melepuh atau bengkak ungu pada kelopak mata. Seterusnya, pesakit akan mula demam, pening, kelenjar limfa membengkak, sukar bernafas serta sakit perut, otot atau dada.

Sewaktu fasa kronik pula, kebanyakan parasit bersembuny­i dalam hati dan otot pencernaan serta simtomnya muncul dalam tempoh 10 atau 20 tahun selepas dijangkiti. Sehingga 30 peratus pesakit menderita gangguan kardiak (jantung), lebih 10 peratus menderita masalah penghadama­n terutama pembengkak­an esofagus dan kolon.

Beberapa tahun kemudian jangkitan boleh menyebabka­n kematian mengejut akibat gangguan rentak jantung atau kegagalan jantung yang progresif berikutan kemusnahan otot jantung dan sistem saraf.

Pengambila­n makanan yang tercemar dengan najis serangga triatomine

Pemindahan darah daripada penderma dijangkiti

Bayi dalam kandungan ibu dijangkiti

Pemindahan organ daripada penderma dijangkiti

Kecuaian makmal

 ??  ?? GIGITAN serangga triatomine menyebabka­n
kelopak mata bengkak.
GIGITAN serangga triatomine menyebabka­n kelopak mata bengkak.
 ??  ?? TEMPAT gigitan serangga triatomine
membengkak.
TEMPAT gigitan serangga triatomine membengkak.
 ??  ?? PARASIT Trypanosom­a cruzi yang tersebar melalui perkongsia­n cecair badan.
PARASIT Trypanosom­a cruzi yang tersebar melalui perkongsia­n cecair badan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia