Salah guna antibiotik

Harian Metro - - Sihat -

Cetus kemunculan organisma

rintang ubat, jangkitan sukar dibendung dan ancam nyawa

Berjangkit) Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christopher Lee; Setiausaha Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Prof Madya Dr Syafinaz Amin Nordin dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang.

Dr Christopher berkata, tanpa antibiotik yang efektif kita menghadapi bahaya pengembalian ke era ‘praantibiotik’ yang berkemungkinan membawa pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia dan haiwan.

“Menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara keberkesanan ubatan ini. intensif.

“Oleh itu, penekanan harus diberikan dalam penggunaan antibiotik yang bijak dengan antibiotik baharu dan sedia ada termasuk penggunaan ubatubatan dengan lebih bijak dalam bidang ternakan,” katanya.

Sementara itu, Amrahi mendakwa penyebaran mesej dan maklumat adalah faktor penting dalam menangani isu terbabit dan ahli farmasi boleh membantu menyampaikan mesej ini kepada orang awam.

“Sebagai ahli farmasi, kami adalah sebahagian daripada masyarakat di sekeliling. Kami berjumpa dengan berjuta orang awam di seluruh negara pada setiap hari. Hubungan dengan komuniti ini boleh dijadikan senjata utama kami dalam memerangi AMR,” katanya.

Pfizer Malaysia turut menganjurkan kempen ‘War Against Superbugs’ yang menekankan kepentingan memerangi AMR kerana ia berpotensi memberi kesan kepada banyak pihak menjadikannya satu masalah kesihatan yang paling kritikal di dunia.

Kerintangan antibiotik mendatangkan kesan komplikasi serius dan tindakan segera diperlukan untuk mengurangkan kesannya terhadap kadar hidup bebas daripada penyakit dan kematian serta beban dan kos kepada sistem kesihatan.

DIALOG dibarisi ahli panel Dr Syafinaz (kanan), Amrahi (dua kanan) dan Dr Christopher membincangkan ancaman AMR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.