KELUARGA PRIHATIN JAUHI DIABETES

Harian Metro - - Muka Depan - Yusliza Yakimir Abd Talib [email protected]

Diabetes adalah kemudaratan kesihatan global yang semakin ketara menjejaskan kehidupan ramai orang setiap hari. Ia penyakit kronik yang mempunyai impak besar terhadap kesihatan keseluruhan seseorang dan keluarga serta menjadi beban kewangan kepada negara.

Pada 2016, seramai 422 juta (8.5 peratus) penduduk dunia yang berumur lebih 18 tahun adalah penghidap penyakit diabetes.

Di Malaysia, seramai

3.6 juta (17.5 peratus) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap diabetes. Bahkan penyakit yang sudah menjadi 'wabak' ini menyebabkan kematian

1.6 juta orang di dunia pada 2015. Lebih 80 peratus daripada kematian diabetes berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa diabetes akan menjadi satu daripada tujuh punca utama kematian pada

2030.

Amalan pemakanan sihat, aktiviti jasmani, pengekalan berat badan yang normal dan penghindaran penggunaan tembakau boleh mencegah atau melengahkan serangan diabetes.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, peranan keluarga penghidap diabetes amat penting bagi mencapai kesihatan optimum.

Katanya, kempen

Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sempena Hari Diabetes Sedunia peringkat kebangsaan 2018, barubaru ini tertumpu pada pengukuhan kesedaran mengenai impak diabetes terhadap keluarga pesakit dan untuk mempromosi peranan keluarga di dalam rawatan, penjagaan, pencegahan serta pengetahuan mengenai penyakit diabetes dan komplikasinya.

Berikut adalah beberapa tip penjagaan optimum pesakit diabetes dengan bantuan seluruh ahli keluarga tercinta, sekali gus memberikan gambaran bahawa betapa pentingnya peranan setiap ahli keluarga dalam penjagaan kesihatan.

Pengesanan awal tanggungjawab keluarga

Saringan penyakit diabetes boleh dilakukan di semua premis KKM dan swasta. Saringan ini amat penting terutama bagi individu yang mempunyai risiko tinggi menghidap diabetes.

Kajian mendapati satu daripada dua orang dengan diabetes terlepas daripada diagnosis sebenar kerana tidak menjalani ujian saringan. Oleh itu kecaknaan atau keprihatinan tinggi anggota keluarga amat penting untuk selalu mengingatkan ahli keluarga mereka menjalani ujian saringan kesihatan.

Mencegah lebih baik berbanding merawat

Pepatah ini selalu bermain di bibir kita tetapi masih ramai yang alpa dan leka untuk bertindak. Walaupun tahu kesan diabetes terhadap kesihatan diri dan keluarga, ramai antara kita tetap mengambil sikap sambil lewa dan sering bertangguh untuk menjalani ujian saringan, iaitu ujian bacaan gula dalam darah.

Banyak kes diabetes jenis dua boleh dicegah dengan menjalani gaya hidup sihat. Mengurangkan risiko keluarga untuk penyakit ini sebenarnya perlu bermula di rumah. Sepatutnya setiap ahli keluarga menjadi model ikutan bagi diri sendiri dan ahli keluarga lain dalam menjalani gaya hidup sihat.

Apabila ada ahli keluarga mengamalkan pemakanan sihat dan menjadikan senaman sebagai rutin, ia akan memotivasikan ahli keluarga lain untuk mengamalkan gaya hidup yang serupa. Ringankan mulut mengajak ahli keluarga untuk menyertai aktiviti anda supaya samasama merasai nikmat kecergasan dan kesihatan.

Jika anda ada faktor keturunan diabetes

Menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui mengenai risiko, tanda bahaya dan apa yang perlu dilakukan untuk mencegah penyakit diabetes dan komplikasinya.

Jangan terhantuk baru terngadah.

Justeru, setiap ahli keluarga perlu hidup dalam persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat dan ini seterusnya membantu cegah dan kawal penyakit diabetes jenis dua.

Sebagai contoh, kawasan rumah diisytiharkan bebas asap rokok, memanfaatkan kemudahan infrastruktur untuk aktiviti jasmani berdekatan dengan kawasan tempat tinggal serta membudayakan pemakanan sihat.

4. Jika anda atau ahli keluarga sudah menghidapi penyakit diabetes, perkara berikut wajib jadi 'zikir' utama setiap hari:

a) Menjaga pesakit diabetes memerlukan rawatan harian, pemantauan yang kerap, pengamalan gaya hidup

sihat dan memberi pendidikan secara berterusan. b) Berkawanlah dengan doktor atau mana-mana anggota kesihatan yang anda selesa dengannya. Menjadi kawan baik dan akrab penting bagi mendapatkan segala khidmat nasihat yang berguna daripada mereka. Boleh dikatakan semua anggota kesihatan mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup untuk membantu individu serta keluarga menjaga penghidap diabetes.

c) Berdasarkan data International Diabetes Federation (IDF), kurang satu daripada dua pesakit dan satu daripada empat ahli keluarga penghidap diabetes mempunyai akses ke program pendidikan diabetes.

Oleh itu, setiap individu dan ahli keluarga perlu mendapatkan pendidikan diabetes serta khidmat nasihat untuk membantu jaga pesakit. Akses maklumat kesihatan ini perlu daripada sumber yang sahih, bukan menerusi media yang tidak diketahui kewibawaan dan kepakaran dalam bidang itu.

d) Keluarga perlu memberikan motivasi kepada pesakit supaya terus mengambil ubatubatan seperti yang disarankan pegawai perubatan.

e) Keluarga wajib mengetahui dan menggalakkan pesakit menjalani ujian saringan komplikasi di klinik kesihatan terdekat sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.

Amalan gaya hidup sihat boleh memotivasi orang tersayang ikut cara serupa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.