Harian Metro

JANGAN AMBIL MUDAH

-

Penyebab kematian kedua dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun

Adakah anda pernah mengalami situasi berulang-alik ke tandas kerana sakit perut untuk membuang air besar? Keadaan seperti ini boleh menjadi tanda anda mengalami masalah ciritbirit.

Cirit-birit adalah keadaan pembuangan najis lembut dan berair tiga kali atau lebih dalam sehari atau pembuangan najis yang lebih kerap berbanding keadaan normal seseorang.

Cirit-birit adalah masalah kesihatan yang kerap dihadapi oleh masyarakat umum tanpa mengira umur. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ciritbirit menjadi penyebab kematian kedua dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun. Kebanyakan kematian ini disebabkan dehidrasi badan yang teruk akibat cirit-birit yang berpanjang­an dan tidak diuruskan dengan baik.

Cirit-birit bermula dengan ketidaksel­esaan pada bahagian perut yang boleh menyebabka­n perut rasa memulas dan ingin membuang air besar. Kebiasaann­ya, ia berlaku dalam tempoh beberapa hari, namun boleh berlanjuta­n lebih lama.

Cirit-birit boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus atau parasit pada salur pencernaan. Pesakit yang mengalami cirit-birit akibat jangkitan mungkin mengalami rasa loya, muntah-muntah dan kekejangan otot perut.

Selain itu, cirit-birit juga boleh disebabkan keracunan makanan, pencemaran air, sistem sanitasi yang tidak sistematik, alahan makanan, kesan sampingan ubat seperti sesetengah antibiotik dan punca lain.

Kejadian cirit-birit dalam kalangan bayi boleh berlaku sekiranya bayi tidak sesuai dengan sesetengah jenis susu formula.

Kebanyakan kes cirit-birit akan sembuh sendiri tanpa rawatan. Bagaimanap­un, adalah penting untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat terutama dalam kalangan kanak-kanak. Segera berjumpa dengan doktor jika cirit-birit berterusan atau pesakit mengalami tanda dehidrasi.

Masalah cirit-birit boleh dirawat dengan beberapa jenis ubat antaranya:

AIR GARAM REHIDRASI (ORS)

Bagi mengelakka­n badan kehilangan air akibat cirit-birit, pastikan pesakit mengambil air garam rehidrasi (ORS) setiap kali selepas muntah atau cirit-birit untuk menggantik­an garam galian dan air yang hilang.

ORS adalah campuran khas garam mengandung­i elektrolit utama dan gula. Ia berfungsi mengekalka­n cecair dalam badan dan membantu menambah tenaga. Garam ini dilarutkan untuk menghasilk­an larutan yang mudah diserap oleh usus dan berkesan bagi menggantik­an air dan garam yang hilang semasa cirit-birit.

UBAT TAHAN CIRIT-BIRIT

Ada beberapa jenis ubat digunakan dalam rawatan cirit-birit seperti diphenoxyl­ate + atropine dan loperamide. Keperluan penggunaan ubat-ubatan ini adalah atas nasihat ahli farmasi atau doktor selepas penilaian pesakit.

Ubat jenis ini bertindak dengan memperlaha­nkan pergerakan usus dan mengurangk­an kekerapan membuang air besar. Memandangk­an sesetengah ubat ini tidak sesuai untuk digunakan kanak-kanak, sebaik-baiknya rujuk kepada doktor sebelum memulakan rawatan ciritbirit agar rawatan yang bersesuaia­n

ANTIBIOTIK

Kewajaran penggunaan antibiotik adalah perkara utama yang perlu dititikber­atkan. Secara umum, pesakit yang mengalami gejala ciritbirit ringan tidak perlu dirawat dengan antibiotik. Tambahan pula, ada sesetengah antibiotik yang mungkin memburukka­n lagi keadaan kerana tindakanny­a di bahagian usus.

Bagaimanap­un, doktor akan memberikan antibiotik kepada pesakit sekiranya diperlukan seperti terdapat jangkitan pada usus. Penggunaan antibiotik secara rasional perlu diamalkan untuk mengelakka­n berlakunya kerintanga­n bakteria kepada antibiotik.

Cirit-birit boleh dicegah melalui pengendali­an urusan harian dengan betul seperti menyediaka­n makanan menggunaka­n air bersih, kerap mencuci tangan dan memastikan kebersihan bekas makanan atau minuman sebelum menggunaka­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia