PERKUKUH INTEGRITI ANGGOTA RELA

Harian Metro - - Muka Depan -

misi serta visi jabatan berkenaan.

Bagi Muhammad Faiz, integriti berperanan penting dalam memastikan RELA yang berada bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Walaupun tidak ditugaskan di barisan hadapan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tugas RELA kini signifikan dalam memastikan keselamatan awam di sesuatu kawasan.

“Sebagai benteng pertahanan kedua membantu pasukan keselamatan negara, anggota dan pegawai RELA juga tidak terlepas daripada berdepan cabaran yang boleh menggugat integriti mereka dalam melaksanakan tugas termasuk salah laku disiplin, rasuah dan sebagainya.

“Sebagai pegawai kanan, saya bersama rakan daripada Unit Integriti berperanan mengukuhkan integriti semua anggota dan pegawai, sama ada tetap atau sukarela yang berkhidmat bersama RELA bagi meyakinkan orang ramai terhadap kredibiliti agensi ini,” katanya.

Anak watan Tumpat, Kelantan ini berkata, pelbagai program sudah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan tahap integriti setiap anggota dan pegawai RELA yang kini mencecah 3.6 juta ahli di seluruh Malaysia.

“Pelbagai program dilaksanakan bagi inisiatif pengukuhan integriti, antaranya melalui pendidikan, latihan, ceramah, kursus dan sebagainya. Pada peringkat awal penyertaan anggota dan pegawai termasuk sukarelawan, kita sediakan slot khas bersama unit Integriti sewaktu mereka menjalani kursus asas RELA.

“Malah, saya bersama pasukan turun padang ke cawangan dan jabatan di setiap daerah untuk bersua serta memberikan penerangan mengenai kepentingan integriti kepada semua pegawai dan anggota RELA.

“Usaha akan diteruskan dengan merangka lebih banyak program dan penambahbaikan dalam usaha mempertingkatkan integriti pegawai dan anggota pada semua peringkat,” katanya.

Muhammad Faiz yang mula berkhidmat bersama RELA pada Mac 2017 berkata, meskipun masih baru dalam perkhidmatan itu, sebagai pegawai kanan dia perlu memainkan peranan bagi menaikkan nama jabatan.

Jelasnya, bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan setugas membantunya melaksanakan tugas dengan baik.

“Masih banyak perlu saya pelajari dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada jabatan.

Untuk itu, saya perlu mempertingkatkan kemahiran dan mempamerkan integriti yang tinggi supaya menjadi turutan kepada semua rakan,” katanya.

PROFIL Nama: Muhammad Faiz Musa Umur: 29 tahun Pangkat: Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA Cawangan: Unit Integriti Ibu Pejabat RELA Malaysia. Mula berkhidmat: 13 Mac 2017 Asal: Tumpat, Kelantan Status: Berkahwin

MUHAMMAD Faiz menjalani latihan menembak.

MUHAMMAD Faiz beramah mesra dengan rakan setugas.

MUHAMMAD Faiz menjadi pengacara sewaktu program pengukuhan integriti.

MUHAMMAD Faiz melaksanakan tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.