Harian Metro

D

-

etik ‘perkenalan’ dengan lelaki ini bermula apabila penulis menjejakka­n kaki ke Balai Seni Negara (BSN) untuk membuat liputan pertama pameran lukisan di balai berkenaan sekitar Julai tahun lalu.

Pada masa itu belum berkesempa­tan bertegur sapa dengannya dan hanya melihatnya memberikan ucapan alu-aluan diikuti acara perasmian.

Setiap ucapannya sentiasa sarat dengan mesej yang jelas mahu mengangkat bidang seni visual di negara ini pada tahap lebih tinggi, sekali gus menggambar­kan betapa mendalam kecintaann­ya terhadap bidang berkenaan.

Ini membuatkan hati penulis terdetik untuk mengenalin­ya secara lebih mendalam kerana berasakan beliau bukan sembaranga­n orang dalam bidang ini.

Telahan penulis tepat kerana Ketua Pengarah BSN, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berpengala­man luas dalam bidang seni visual selain berlatar belakang bidang berkenaan yang diceburiny­a sejak 36 tahun lalu.

Bermula sebagai pelukis pada 1982, pembabitan­nya dalam bidang itu berkembang secara berperingk­at dengan menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rektor di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hinggalah dilantik kali kedua sebagai Ketua Pengarah BSN dari 2015 hingga kini.

Pelbagai perubahan yang beliau lakukan apabila menerajui agensi berkenaan dan menerusi idea segarnya berjaya menaikkan populariti BSN yang kini aktif mengadakan banyak pameran dalam usaha mengangkat karya pelukis tempatan.

Katanya, ia selari dengan

 ??  ?? MOHAMED Najib bersama buku yang ditulisnya berjudul ‘A Place Called Home’.
MOHAMED Najib bersama buku yang ditulisnya berjudul ‘A Place Called Home’.
 ??  ?? ANTARA pameran yang diadakan di Balai Seni Negara.
ANTARA pameran yang diadakan di Balai Seni Negara.
 ??  ?? PESERTA lakaran grafiti yang diadakan di Balai Seni Negara.
PESERTA lakaran grafiti yang diadakan di Balai Seni Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia